CARA BELI KERETA LELONG JPJ (Semakan Senarai Tarikh Lelong)

CARA BELI KERETA LELONG JPJ (Semakan Senarai Tarikh Lelong)

CARA BELI KERETA LELONG JPJ

Pasnti kebiasaannnya anda terdengar kereta lelong JPJ tetatpi tidak mengetahui bagaimana cara untuk sertai lelongan tersebut dan anda mesti ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsi sedikit cara beli kereta lelong JPJ.

 

TIPS SEBELUM BELI KERETA LELONG

Sebelum anda ingin menyertai bidaan, anda seharusnya mengetahui:

  1. Semak harga pasaran kenderaan sebelum membida apa-apa kenderaan bagi memastikan kenderaan dibida tidak melebihi harga pasaran.
  2. Bawa ahli yang pakar berkaitan enjin kenderaan supaya mengetahui kenderaan yang dibida tidak mengalami kerosakan kritikal yang boleh menambah kos pemilikan kenderaan.
  3. Anggaran kos untuk caj lelongan, pertukaran nama, insuran baru, kos runner untuk Puspakom dan JPJ adalah RM1500 ke atas untuk kereta  dan RM 800 untuk motosikal.
  4. Pinjaman tidak boleh dibuat sama sekali sama ada selepas tender dimenangi. Ini kerana di dalam kontrak tender, bayaran penuh perlu diselesaikan dalam masa 14 hari oleh pembida yang menang, dan pihak bank tidak akan memberi pinjaman.

 

CARA BELI KERETA LELONG JPJ

Berikut adalah merupakan cara untuk membita kereta lelong JPJ:

  1. Sebelum memasuki Lelongan
    • Sebelum memasuki proses lelongan kenderaan, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkaitan senarai kenderaan dan tarikh lelongan di laman web yang berkenaan. Berdasarkan kepada senarai dan tarikh, mereka yang berminat boleh melihat kenderaan di stor-stor yang dinyatakan di dalam iklan berkenaan.
    • Kenderaan-kenderaan ini perlu dibuat pemeriksaan bagi memastikan kenderaan yang bakal dibida dalam keadaan yang memuaskan dan paling penting adalah nombor siri kenderaan dan nombor siri enjin adalah sama seperti yang termaktub di salinan geran kenderaan berkenaan.
    • Sekiranya terdapat perbezaan mungkin kenderaan berkenaan telah dibuat pengubahsuaian tanpa kebenaran.
  2. Pada Hari Lelongan
    • Setelah berpuashati dengan keadaan kenderaan dan berminat untuk masuk lelongan, kita perlu membuat persediaan untuk hari lelongan. Semasa hari lelongan, pembida perlu menyediakan deposit seperti yang dikehendaki.
    • Syarat-syarat berkaitan deposit mungkin berbeza di antara satu rumah lelongan dengan rumah lelongan yang lain. Maka anda perlu alert dengan syarat-syarat berkaitan dengan deposit ini. Terdapat rumah lelongan memberi kebenaran menggunakan tunai dan kad kredit untuk tujuan deposit membida. Jumlah deposit bidaan berbeza untuk kereta dan motor.
    • Semasa pendaftaran, deposit perlu diserahkan untuk membolehkan pembida memasuki lelongan. Selepas pendaftaran, kad bidaan bernombor akan diserahkan dan anda sudah boleh menunggu kenderaan yang ada minat untuk lelongan.
  3. Anda pembida berjaya
    • Sekiranya anda berjaya membida pada hari lelongan, satu dokumen kontrak akan diserahkan kepada anda. Di dalam dokumen berkenaan dinyatakan harga yang anda menang dan baki yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya tewas tidak perlu bimbang, deposit anda dikembalikan sepenuhnya.
    • Setelah menang lelongan, kenderaan berkenaan hendaklah dibuat pemeriksaan oleh pihak Puspakom bagi memastikan ia sah dan selamat digunakan. Ia boleh dilaksanakan secara on site inspection oleh pihak Puspakom dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan.
    • Sekiranya kenderaan gagal dalam pemeriksaaan oleh Puspakom maka pihak pembida boleh menuntut kembali deposit yang telah dibayar dengan syarat kenderaan dibuat pemeriksaan oleh wakil pihak lelongan. Tiada deposit dikembalikan sekiranya pemeriksaan kenderaan dibuat selepas keluar dari rumah lelongan.
    • Selepas dokumen Puspakom diperolehi, baki bayaran perlu dibuat kepada pihak bank atau institusi kewangan di mana kenderaan berkenaan diberi biaya. Selepas semua pembayaran dijelaskan, pihak pembiaya pinjaman akan memberikan segala dokumen yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran kenderaan berkenaan kepada pemilik yang baru.
    • Dokumen berkenaan dan pemilik yang baru perlu dibawa ke JPJ untuk tujuan pertukaran nama. Pastikan sebelum ke JPJ, kenderaan berkenaan telah diinsuran ke nama pemilik baru sebelum geran dan cukai jalan dikeluarkan oleh pihak JPJ. Setelah selesai pertukaran nama dan geran serta cukai jalan diperolehi maka kenderaan berkenaan sudah boleh bergerak di atas jalan.
    • Pastikan anda servis kenderaan berkenaan bagi memastikan ia selamat dari sebarang kerosakan kerana kenderaan ini lama terbiar dan terdedah di dalam stor yang terbuka.

 

SEMAKAN SENARAI TARIKH LELONG

Untuk semakan senarai tarikh lelong dan senarai lelongan bserta harga permulaan, anda boleh layari website rasmi HPJ di pautan www.jpj.gov.my atau Facebook Rasmi JPJ di negeri masing-masing atau dari pelbagai hebahan.

Salah satu yang terkini adalah:

  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan melelong sejumlah 46 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk kereta mewah Mini Cooper dan Subaru Impreza pada harga bermula RM10,000 pada bulan depan. Lelongan sebanyak 46 buah kenderaan dengan nilai terendah adalah RM965 dengan beberapa kereta mewah iaitu Mini Cooper dan Subaru Impreza akan dilelong pada harga bermula RM10,000.
  • Sumber: https://www.facebook.com/JPJMLK/

 

RISIKO BELI KERETA LELONG

Sebelum beli kereta lelong, penting untuk anda sebagai pembeli tahu beli kereta lelong ada risiko yang tersendiri seperti berikut:

Kereta Tiada Waranti

Kereta lelong biasanya dijual tanpa sebarang waranti atau jaminan kualiti. Jika berlaku apa-apa kerosakan setelah anda beli kereta tersebut, anda perlu menanggung semua kos pembaikan dan penyelenggaraan sendiri.

Nilai Bidaan Melebihi Nilai Pasaran

Proses jual beli kereta lelong biasanya melalui proses pembidaan yang sangat pantas dan kompetitif. Oleh sebab itu, adakalanya bakal pembeli mudah terbawa-bawa dengan persekitaran, dan cenderung untuk bida harga kereta melebihi harga nilai pasaran semasa kereta.

Kualiti Kereta Tidak Terjamin

Pembelian kereta lelong terdedah kepada risiko yang lebih tinggi kerana kereta lelong biasanya dijual ‘seadanya’ atau as is. Pembelian kereta lelong juga tidak boleh dipandu uji (test drive) dan seperti dinyatakan di atas, tiada jaminan waranti daripada penjual.

Kos Pembaikan dan Penyelenggaraan Tinggi

Anda perlu pertimbangkan kos tambahan yang perlu dikeluarkan untuk kos pembaikan dan penyelenggaraan di bengkel yang mungkin menelan belanja yang lebih tinggi.

Risiko Kena Tipu

Sebelum beli kereta lelong, pastikan anda beli melalui platform atau saluran yang dipercayai. Ini bagi mengelakkan anda terdedah kepada risiko kena tipu.

 

ARTIKEL LAIN

9 thoughts on “CARA BELI KERETA LELONG JPJ (Semakan Senarai Tarikh Lelong)”

Leave a Comment