COVER NOTE INSURANS HILANG (CARA DAPATKAN SEMULA)

COVER NOTE INSURANS HILANG (CARA DAPATKAN SEMULA)

COVER NOTE INSURANS HILANG

Kadang-kadang kita lupa tarikh luput tarikh tamat insurans kereta atau jika ingin membeli kereta, mungkin tertanya-tanya jenis insurans terdahulu kereta yang ingin dibeli. Semestinya kita akan melihat cover note

Tetapi bagaimana sekinya cover note insurans anda hilang? Disini kami kongsikan cara dapatkan kembali melalui i-search

 

APA ITU I-SEARCH

I-Seach adalah satu servis yang dikendalikan melalui laman web MyCarInfo. Melalui MyCarInfo, anda dapat mengetahui maklumat tentang kereta yang anda cari dan salah satu daripadanya adalah i-search. Laman web ini juga membolehkan anda menyemak harga pasaran kereta anda, mengenai NCD, maklumat insurans kereta dan banyak lagi dengan hanya beberapa klik.

 

CARA CHECK COVER NOTE INSURANS

Berikut adalah cara untuk menyemak maklumat insuran kenderaan anda secara online sahaja. Jadi anda tidak perlu untuk bergegas ke mana-mana syarikat insurans bagi menguruskan hal ini. Langkah yang perlu anda buat adalah :

  • Layari laman web MyCaiInfo: www.mycarinfo.com.my
  • Klik pada menu SERVICES pada bahagian atas paparan
  • Pilih pilihan I-SEARCH
  • Tekan pada buat pilihan Plan anda dan tekan butang Go
  • Jika plan Free, anda tidak perlu sign in. Cuma, sila masukkan butiran seperti diminta :
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Nama
  • Emel
  • Pengesahan Emel
  • Klik pada kotak Yes, I have read and understood the Terms & Conditions and Privacy Notice.
  • Kemudian, klik butang Enquire.
  • Paparan akan menunjukkan informasi mengenai tarikh insurans anda masih aktif atau tidak, syarikat insurans dan jenis yang diambil.

 

SOALAN LAZIM

Adakah tempoh tertentu semakan insuran melalui i-search?

Ya, jika anda memilh plan percuma, anda hanya dapat melihat status insurans tahun semasa. Manakala, jika memilih plan Comprehensive anda dapat menyemak untuk 3 tahun ke belakang plan insurans.

Adakah servis lain yang ditawarkan selain i-search?

Ya, berikut antara servis lain yang ditawarkan. Anda boleh menyemak :

  • Vehicle market value (harga pasaran)
  • NCD enquiry (diskaun insuran)
  • i-search (maklumat insuran)
  • Vehicle check (maklumat kereta kecurian/kemalangan)

 

MAKLUMAT LANJUT

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai servis yang ditawarkan melalui portal MyCarInfo sila hubungi talian 03-2240 9899 atau emelkan ke [email protected]

 

ARTIKEL LAIN 

CARA BELI KERETA LELONG JPJ (Semakan Senarai Tarikh Lelong)