HARGA INSURANS BENCANA ALAM BANJIR (Cara Claim Untuk Kenderaan)
Kepada warga penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda, sudah semestinya banyak agihan bantuan yang telah diberikan. Tetapi bagaimana pula dengan kenderaan anda? Adakah anda mengambil insurans banjir? Sekiranya tidak di sini kami akan kongsikan harga insurans bencara alam (Special Perils Cover) dan cara untuk membuat tuntutan, semoga membantu.
APA ITU SPECIAL PERILS COVER
Special Perils Cover adalah tambahan insuran semasa pembaharuan insurans kenderaan yang ditawarkan oleh syarikat insuran bukan sahaja cover banjir sahaja, tetapi juga bencana alam seperti tanah runtuh, pokok tumbang jatuh kena kenderaan (kereta) anda.
TUNTUTAN SPECIAL PERILS COVER
Antara tuntutan yang boleh dituntut melalui insuran tambahan ini adalah akibat kerosakan yang berpunca daripada:
- Taufan
- Banjir
- Pokok Tumbang Kerana Ribut Petir
- Tanah Runtuh
KADAR HARGA INSURANS BENCANA ALAM BANJIR
Berikut adalah merupakan kadar harga insurans tambahan (Special Perils Cover) yang disediakan antara beberapa syarikat insurans di Malaysia iaitu:
INSURANCE | TAMBAHAN BAYARAN * |
Insuran Allianz Malaysia (Bencana alam) | 0.25% |
Insuran Etiqa Takaful (Bencana alam) | 0.50% |
Insuran Zurich Takaful (Banjir dan tanah runtuh) | 0.20% |
Insuran AXA Affin (Bencana Alam) | 0.23% |
Insuran AM General (Banjir, ribut taufan, dan tanah runtuh) | 0.23% |
Insuran RHB Insurance – Full Cover (Bencana Alam) | 0.25% |
Insuran RHB Insurance – Limited Cover (Bencana Alam) | 0.40% |
* Dikira berdasarkan nilai semasa perlindungan kenderaan anda
CONTOH PENGIRAAN HARGA INSURANS BENCANA ALAM UNTUK KERETA
Sekiranyan nilai semasa perlindungan kereta anda adalah sejumlah RM50,000 dan anda ambil insurans Zurich untuk dapatkan special perils coverage, anda hanya perlu tambah 0.2 peratus sahaja iaitu sebanyak RM100 dengan insuran premium yang anda bayar pada setiap tahun.
CARA CLAIM INSURANCE KERETA KENA BANJIR
Sekiranya anda ingin membuat tuntutan special perils coverage, berikut adalah emrupakan caranya:
- Pastikan ambil gambar kejadian sebagai bukti di mana anda perlu catatkan (sebaiknya gambar yang jelas menunjukkan no plat kenderaan dan di tempat kejadian):
- Lokasi
- Tarikh
- Masa kejadian bencana alam
- Buat laporan polis kerana pihak insurans akan minta laporan polis untuk bantu anda buat proses claim insuran banjir (Laporan Polis mesti anda buat dalam tempoh 48 jam)
- Anda di ingatkan supaya tidak start enjin kereta anda selepas kejadian banjir. Ini akan menyebabkan syarikat insuran akan menggunakan alasan kecuaian anda untuk menolak permohonan proses claim insurance bencana alam banjir kereta anda.
- Hantarkan kereta anda ke bengkel panel atau terus ke kilang kereta untuk mempercepatkan proses claim insurans anda kereta banjir
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi mengenai Insurans bencana alam banjir (Special Perils Cover), anda boleh layari website rasmi panel insurans atau hubungi wakil agen insurans anda inginkan
ARTIKEL LAIN
COVER NOTE INSURANS HILANG (CARA DAPATKAN SEMULA)
3 thoughts on “HARGA INSURANS BENCANA ALAM BANJIR (Cara Claim Untuk Kenderaan)”