MUAT TURUN PENYATA PTPTN TERKINI (Berapa Lagi Baki Hutang)

MUAT TURUN PENYATA PTPTN TERKINI (Berapa Lagi Baki Hutang)

MUAT TURUN PENYATA PTPTN

Untuk makluman, setiap peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian. Terkini dengan adanya semakan secara online, peminjam akan dapat mengetahui baki pinjaman pendidikan PTPTN mereka secara cepat dan tepat sekaligus memudahkan peminjam untuk membuat pembayaran hutang.

 

TENTANG PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

 

FUNGSI PTPTN

  • Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

 

CARA SEMAKAN PENYATA PTPTN

Berikut adalah merupakan cara semakan penyata PTPTN bagi tujuan mengetahui baki semasa dan memuat turun penyata anda:

  1. Layari portal rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
  2. Pada paparan utama, scroll sedikit ke bawah dan klik pada Semakan Penyata Pinjaman
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang tertera dan tekan serch kemudian klik Semak
  4. Kemudian log masuk akaun PTPTN anda dengan Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda. Sekiranya anda terlupa, klik pada Lupa Kata Laluan untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.
  5. Setelah berjaya log masuk semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan iaitu:
    • Penyata Baki – Memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.
    • Penyata Baki Terperinci – Memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci seperti ini.
  6. Klik pada salah satu, kemudian Penyata anda akan dipaparkan
  7. Anda juga boleh muat turun penyata ini bagi tujuan rasmi dengan menekan butang Cetak.
  8. Selesai

NOTA: Bagi pengguna kali pertama pula, anda perlu klik pada kotak ‘Permohonan Kali Pertama’ dan isikan maklumat pendaftaran sebelum log masuk ke laman web PTPTN untuk membuat semakan.

 

CARA MUAT TURUN PENYATA PTPTN

Sekiranya anda ingin memuat turun penyata anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Log masuk akaun PTPTN anda
  2. Pilih penyata yang anda ingin cetak sama ada:
    • Penyata Baki
    • Penyata Baki Terperinci
  3. Klik pada salah satu, kemudian Penyata anda akan dipaparkan
  4. Kemudian klik pada Cetak untuk anda muat turun penyata PTPTN anda
  5. Selesai

 

CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN BALIK / PENSTRUKTURAN SEMULA PTPTN

Jika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu :

  1. Memohon Penangguhan PTPTN
    • Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan , menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.
  2. Penjadualan / Penstrukturan semula Bayaran Balik PTPTN
    • Bagi mengurangkan bebanan ansuran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.
    • Penjadual adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
    • Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.
    • Melalui kaedah ini , tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai penyata PTPTN, anda boleh berkomunikasi dengan PTPTN melalui kaedah berikut:-

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR PTPTN GUNA AKAUN 2 KWSP (Login i-Akaun Jer)

CARA BAYAR PTPTN GUNA SHOPEE PAY (Step By Step)

1 thought on “MUAT TURUN PENYATA PTPTN TERKINI (Berapa Lagi Baki Hutang)”

Leave a Comment