SEMAK DUIT DALAM IC (Cara Keluarkan Wang Mykad)
Seperti yang diketahui Kad pengenalan warganegara Malaysia (myKad) yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilengkapi dengan ciri-ciri Tounch N Go. Dengan adanya ciri ini, anda boleh gunakannya untuk membuat pembayaran tol, parking, LRT dan sebagainya tetapi perlu ada duit dalam IC tersebut.
Sudah semestinya untuk menggunakannya anda perlu menambah nilai dalam mykad anda tersebut. Tetapi bagaimana sekiranya anda sudah tidak lama digunakan dan bagaimana cara untuk semak duit dalam ic tersebut serta cara keluarkannya. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.
CARA CEK DUIT DALAM IC (MyKAD)
Kepada anda yang ingin mengetahu baki yang tersedia pada Mykad anda, berikut adalah merupakan cara untuk semak iaitu:
- Muat turun dan buka aplikasi Touch N Go eWallet di telefon anda
- Pada paparan utama, klik pada TnG Card.
- Seterusnya klik pada Add New Card.
- 4 Isikan maklumat yang diperlukan:
- No Siri 10 Digit: yang terdapat pada resit tambah nilai
- Pilihan nama kad: Masukkan pilihan nama yang anda inginkan, contoh: Kad Pengenalan/TnG 1/Tng2
- Selepas lengkap semuanya tekan Submit.
- Sila tunggu 15 minit selepas menambahkan Kad TnG anda sebelum menggunakannya. Klik pada Done.
- Paparan mycard anda akan terpapar pada eWallet TnG anda termasuk baki duit yang sedia ada
NOTA: Pastikan anda dapatkan siri nombor 10 digit TnG mycard anda terlebih dahulu dengan menambah nilai di mana-mana kaunter atau mesin top-up touch n go dan dapatkan resit tambah nilai tersebut. Pada resit tambah nilai tersebut ada maklumat no siri TnG mycard anda.
CARA KELUARKAN DUIT DALAMIC (MyKAD)
Sekiranya anda telah terlalu lama tidak menggunakan TnG Mykad ini, anda boleh membuat tuntutan pengeluaran pada duit yang terdapat terus akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan eGumis: https://egumis.anm.gov.my
- Sebagai pengguna kali pertama, klik pada Pendaftaran
- Isikan segala maklumat diperlukan dengan betul dan lengkap. Kemudian klik pada Daftar.
- Seterusnya, log masuk semula ke akaun pengguna.
- Halaman utama akan dipaparkan kepada pengguna dan pengguna hendaklah klik pada bahagian Semakan.
- Kemudian klik pada bahagian Klik Disini Untuk Carian Wang Yang Tidak Dituntut
- Selepas itu, masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Senarai rekod carian akan dipaparkan kepada pengguna.
- Klik pada butang Teruskan dengan Permohonan.
- Pengguna dikehendaki mengisi maklumat peribadi diri pengguna dan info berkaitan bank akaun pengguna dengan lengkap dan klik pada butang Simpan dan klik pada butang Seterusnya.
- Anda dikehendaki untuk memuat naik dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonan tuntutan wang di dalam MyKad pegguna.
- Akhir sekali, klik pada butang Hantar untuk menghantar permohonan tuntutan dan permohonan tersebut akan diproses serta dikreditkan ke dalam akaun anda.
ARTIKEL BERKAITAN:
- CARA LETAK PALANG DOKUMEN (Salinan MyKad/Sijil/Lain-lain)
- LOKASI TEMPAT JUAL KAD TOUCH ‘n GO BARU TnG NFC (Senarai Stesen Minyak)
- RFID TNG (CARA DAFTAR & AKTIFKAN TAG RFID)
Duit tak ditutut
Saya nak cek duit berapa Ade???
DUIT tak Di tuntut
saye nak cek mykad sy ada duit tak di tuntut ke
saye nak cek mykad sy ada duit tak di tuntut ke
Saya nak cek duit berapa Ade???
saya nk chek ade berapa dalm ic
mcm mna cek
Saya nak semak berapa tinggal DUIT dlm ic saya
Saya nak cek duit baki dalam MyKad saya
Assalamualaikum
Sy rusdi dari Pahang
Sy nak minta tolong boleh ke
Seandai boleh
Tolong cek ada ke bantuan 100 dalam mykad Sy
Saya nak tengok duit dalam ic saya. Ada duit atau tiada duit
Saya nak check duit dlm ic saya
Saya nak check duit dalam ic saya. Ada duit ke tiada
Tlg check duit dalam ic
Saya nk check duit dlm ic. Arap bantu