PERMOHONAN MYKAD 12 & 18 TAHUN ONLINE (Senarai Dokumen)

PERMOHONAN MYKAD 12 & 18 TAHUN ONLINE (Senarai Dokumen)

MYKAD

Kepada Ibu bapa mempunyai anak yang telah genap umur 12 tahun dan kurang daripada 16 tahun boleh memohon MyKad secara dalam talian. Permohonan juga boleh dibuat sekiranya pemohon telah genap umur 12 & 18 tahun mengikut tarikh kelahiran menerusi My12 & My18. Disini kami akan kongsikan cara permohonan mykad secara online dan senarai dokumen yang diperlukan, semoga membantu.

 

APA ITU MY12 & MY18

My12

  • Peraturan 3: Kanak-kanak yang telah mencapai 12 tahun wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalan.

My18

  • Peraturan 18: Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hendaklah mendaftar semula kad pengenalan sebelum mencapai umur 25 tahun.

 

SYARAT PERMOHONAN KAD PENGENALAN (MYKAD)

Untuk mempbuat permohonan kad pengenalan (MyKad) adalah bagi kanak-kanak yang berusia genap 12 tahun dan kurang daripada 16 tahun.

 

CARA PERMOHONAN KAD PENGENALAN (MYKAD)

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan MyKad kepada kanak-kanak yang telah genap berumur 12 tahun:

  1. Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti:
    • Sijil Kelahiran pemohon
    • Kad pengenalan ibu / bapa / penjaga
  2. Daftar di MyGoverment terlebih dahulu. Kemudian layari https://www.jpn.gov.my/my/ untuk pilih perkhidmatan, serta log masuk atau daftar pengguna baharu jika pertama kali mendaftar
  3. Baca semua terma dan syarat dan klik butang setuju jika setuju.
  4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada borang yang dipaparkan dan klik butang hantar
  5. Permohonan anda berjaya didaftarkan dan sila cetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter JPN nanti.

 

CARA PENUKARAN KAD PENGENALAN (MY KAD)

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat penukaran Kad Pengenalan kepada warganegara yang telah mencapai usia 18 tahun:

  1. Pastikan dokumen yang diperlukan lengkap termasuklah bil utiliti sekiranya ingin menukar alamat kad pengenalan.
  2. Datang ke JPN yantg berdekatan dengan membawa kad pengenalan lama.
  3. Ikuti arahan selanjutnya sehingga urusan penukaran kad pengenalan selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara permohonan dan penuakran kad pengenalan, sila merujuk website rasmi Jabatan Pendaftaran Negara

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (Berapa Kadar Bayaran)

 

Leave a Comment