PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT BAGI KES BLACKLIST (irakyat.com.my)

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT BAGI KES BLACKLIST (irakyat.com.my)

PINJAMAN PERIBADI BLACKLIST

Sekiranya anda berhajat ingin membuat pinjaman untuk kembangkan lagi bisnes atau atas urusan peribadi, tetapi anda telah disenaraihitamkan (blacklist). Kini Bank Rakyat telah menawarkan satu pinjaman bagi kes Blacklist yang dikenali sebagai pembiayaan peribadi- i penyatuan hutang (debt consolidation). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PEMBIAYAAN PERIBADi-i PENYATUAN HUTANG

Bank rakyat telah menawarkan pembiayaan peribadi- i penyatuan hutang bagi kes blacklist:

  • Pinjaman penyatuan hutang
    • Merupakan hutang – hutang lama/sedia ada yang disatukan di bawah satu pembiayaan baru.
  • Cara ini selalunya digunakan oleh individu yang terbeban dengan hutang atau yang dikategorikan sebagai blacklist.
  • Cara ini juga dapat membantu sekiranya pinjaman baru tersebut mempunyai kadar faedah yang lebih rendah bagi memudahkan individu membayar installment bulanan rendah berbanding sebelum ini.

 

KELAYAKAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADi-i PENYATUAN HUTANG

Berikut adalah kelayakanan permohonan bagi pemohon seperti berikut:

  1. Pemohon yang mempunyai lebih daripada satu pembiayaan (daripada institusi kewangan berbeza) bagi pembayaran installment seperti:
    • kad kredit
    • pembiayaan kenderaan
    • pembiayaan peribadi
  2. Pemohon akan memperoleh manfaat seperti berikut:
    • Hanya bertumpu kepada satu ansuran sahaja.
    • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
    • Kadar keuntungan serendah 2.38% setahun.
    • Jumlah pembiayaan sehingga RM200,000.
    • Pembiayaan yang patuh syariah.

 

PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BLACKLIST

Sebelum anda membuat permohonan pembiayaan, pantikan anda membuat persediaan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda:

  1. Pastikan semua pembiayaan/hutang/pinjaman anda perlu disenaraikan. Bagi jelaskan dan kumpulkan semua pinjaman itu, anda harus ketahui baki pembiayaan, kadar faedah yang dikenakan dan ansuran bulanan
  2. Semak kelayakan pembiayaan anda dengan melawati cawangan Bank Rakyat berdekatan atau menghubungi pusat panggilan Bank Rakyat di 1 300 80 5454.

 

CARA PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT BAGI KES BLACKLIST

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan pembiayaan peribadi- i penyatuan hutang (debt consolidation):

  1. layari pautan pembiayaan peribadi- i penyatuan hutang 
  2. Klik pada Mohon Sekarang
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Salutation (Encik, Puan atau Cik).
    • Nama
    • Nombor Telefon.
    • E-mel.
    • Ruangan Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat (Pilih Ya atau Tidak).
    • Pilih Ya atau Tidak sekiranya anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran.
    • Tandakan pada kotak Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
  4. Kemudian anda pilih produk pilihan yang anda kehendaki:
    • Simpanan-i & Deposit-i
    • Pembiayaan Peribadi-i
    • Pembiayaan Pendidikan-i
    • Pembiayaan Kenderaan-i
    • Pembiayaan Perumahan-i
    • Pajak Gadai-i
    • Perbankan Internet
    • Kad-i
    • Perancangan Kewangan
    • Pembiayaan Mikro-i
    • Pembiayaan Perniagaan-i
    • Lain-lain
  5. Seterusnya tandakan pada kotak I’m not a robot dan klik Hantar.
  6. Anda akan menerima panggilan dari Pihak bank untuk langkah selanjutnya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai  permohonan pinjaman peribadi bank rakyat bagi kes blacklist, anda  boleh menghubungi pusat panggilan di 1300 80 5454 atau lawati cawangan Bank Rakyat berhampiran.

 

ARTIKEL LAIN 

PERMOHONAN PINJAMAN TOYOTA CAPITAL (Pembiayaan Kenderaan)

2 thoughts on “PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT BAGI KES BLACKLIST (irakyat.com.my)”

Leave a Comment