PERMOHONAN HAK JAGAAN ANAK HADANAH SELEPAS BERCERAI (Contoh Pengalaman Kes)

PERMOHONAN HAK JAGAAN ANAK HADANAH SELEPAS BERCERAI (Contoh Pengalaman Kes)

HAK JAGAAN ANAK

Sekiranya anda ingin membuat permohonan hak jagaan anak (Hadanah) selepas bercarai, semestinya anda ingin mengetahui caranya.  Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai permohonan hak jagaan ini beserta contoh kes, semoga membantu.

 

APA ITU HAK JAGAAN ANAK

Hak jagaan anak atau Hadanah sering timbul apabila berlakunya permasalahan rumah tangga atau perceraian di antara pasangan suami dan isteri. Perebutan hak jagaan anak sama ada di antara ibu dan bapa kandung atau pihak ketiga seperti ahli keluarga yang lain adalah sukar untuk diselesaikan dan sering memberi kesan bukan sahaja kepada pasangan tersebut, malah turut memberi kesan kepada anak tersebut sama ada secara fizikal atau mental.

Selepas berlakunya perceraian, persoalan yang sering timbul adalah siapakah yang akan mendapat hak jagaan ini, apakah hak bagi pihak yang tidak mendapat hak jagaan, berapa lama tempoh penjagaan dan sebagainya.

 

KELAYAKAN HAK JAGAAN ANAK

Sekiranya pasangan suami isteri bercerai dan ketika itu anak-anak mereka (lelaki atau perempuan) belum mencapai usia mumaiyyiz, ibu adalah lebih berhak menjaganya berbanding orang lain kecuali jika ibu tersebut telah hilang kelayakan/ gugur hak sebagai penjaga.

 

SYARAT PERMOHONAN HAK JAGAAN ANAK

Syarat kelayakan seorang penjaga ialah:

  • Islam;
  • Sempurna akal;
  • Berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
  • Berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah;
  • Tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

 

PUNCA HILANG HAK JAGAAN ANAK BAGI WANITA

Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, seseorang wanita boleh hilang kelayakan disebabkan:

  • Jika wanita itu berkahwin lain dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak tersebut dan apabila wanita itu terus menjaga mereka, ia akan menjejaskan kebajikan kanak-anak tersebut.
  • Jika wanita itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
  • Jika wanita itu menukar tempat pemastutinannya bertujuan untuk mencegah kanak-kanak tersebut dari pengawasan bapanya kecuali jika wanita itu pulang ke tempat lahirnya selepas perceraian.
  • Jika wanita itu cuai atau menganiayai kanak-kanak tersebut.
  • Murtad

 

SUSUNAN HAK JAGAAN ANAK

Jika seorang wanita/ibu hilang kelayakan, susunan keutamaan kepada hak penjagaan anak adalah seperti berikut:

  1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas;
  2. Bapa;
  3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas;
  4. Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  5. Kakak atau adik perempuan seibu;
  6. Kakak atau adik perempuan sebapa;
  7. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  8. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
  9. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
  10. Emak saudara sebelah ibu;
  11. Emak saudara sebelah bapa;
  12. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:

 

TEMPOH HAK JAGAANANAK

Tempoh hak jagaan tersebut tamat setelah kanak-kanak tersebut mencapai umur mumayiz iaitu 7 tahun (lelaki) dan 9 tahun (perempuan). Selepas kanak-kanak tersebut mencapai umur mumaiyiz, mereka berhak memilih untuk tinggal sama ada dengan ibu atau bapanya, melainkan Mahkamah memerintahkan sebaliknya.

 

CARA PERMOHONAN HAK JAGAANANAK

Permohonan Hak Jagaan tersebut boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah negeri pihak pemohon bermastautin.

Pihak pemohon juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut.

 

CONTOH KES HAKJAGAAN ANAK

  • Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini.
  • Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa.
  • Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan membangkitkan kembali rasa tidak puas hati mereka terhadap bekas pasangannya. Ada pasangan yang bercerai kerana tidak dapat menahan marah disebabkan suaminya berpoligami tanpa memberitahu isteri. Apabila isteri mendapat tahu hal sedemikian maka akan tercetus perang dunia ketiga. Akhirnya pasangan akan bercerai jika tiada lagi perasaan toleransi. Isteri mungkin tidak dapat menerima suaminya berpoligami atas pelbagai sebab. Ada yang merasakan suami itu tidak berlaku adil kerana selama ini, isteri yang menguruskan rumah tangga termasuk membantu hal kewangan rumah tangga. Apabila berlaku poligami, isteri akan tidak puas hati kerana pada anggapannya suami telah menghabiskan wang untuk perempuan lain walhal anak-anak di rumah tidak pernah merasa wang gaji suami.
  • Akhirnya, apabila bercerai, isteri akan berdendam dengan suami dan akan menjadikan anak-anak sebagai senjatanya. Ada isteri sedemikian berasa dukacita apabila memikirkan anak-anak itu akan bermalam di rumah ibu tirinya dan berasa terancam dengan isteri baru bekas suaminya.

 

ARTIKEL LAIN

esyariah (Semakan Status Perkahwinan Perceraian & Kes MAL Tuntutan)

3 thoughts on “PERMOHONAN HAK JAGAAN ANAK HADANAH SELEPAS BERCERAI (Contoh Pengalaman Kes)”

Leave a Comment