BAGAIMANAKAH CARA PERMOHONAN BUDI SABAH 2024?
Bagi pelajar anak Negeri Sabah yang baru sahaja melanjutkan pengajian di Institut Pangajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA atau IPTS, anda kini boleh memohon bantuan di bawah Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah iaitu BUDI. Disini kami akan kongsikan maklumat lanjut dan cara permohonan, semoga membantu.
SYARAT PERMOHONAN BUDI
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2024 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
- Pemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
- Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40 (salah seorang ibubapa berasal dari Sabah)
- Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) ke IPT.
Dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Salinan Surat Beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga) (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
- Salinan MyKad pemohon dan ibu bapa/penjaga (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
- Salinan Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
- Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA (disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi yang berkenaan).
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
- Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon.
CARA PERMOHONAN BUDI
Permohonan boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu melalui online dan secara manual.
Bagi kaedah online, permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web permohonan DI SINI
- Klik butang ‘Permohonan.’
- Kemudian, klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat dengan lengkap dan klik dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat diri bagi melengkapkan pendaftaran.
- Kemudian sediakan dokumen sokongan untuk penghantaran.
Untuk permohonan secara manual, permohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan DI SINI
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan.
- Hantar borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
- Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu.
SOALAN LAZIM
Berapakah jumlan bantuan kepada pelajar yang layak menerima BUDI?
- Bagi pelajar yang layak, mereka akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM2000 seorang.
Saya menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Adakah saya boleh memohon bantuan ini?
- Tidak. Hanya pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja layak memohon BUDI.
Adakah saya layak memohon BUDI sekiranya pendapatan isi rumah keluarga saya ialah RM4,800?
- Ya. Pendapatan keluarga pemohon yang berjumlah RM5,000 ke bawah layak memohon.
Adakah saya boleh memohon BUDI jika saya menyambung pengajian di IPT luar negara?
- Tidak. Permohonan BUDI hanya dikhaskan kepada pemohon yang menyambung pengajian di dalam negara sahaja.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai BUDI, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di talian 088-369 872.
SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SABAH
Berikut adalah merupakan anda antara senarai bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri sabah kini iaitu:
JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
Bila Duit Bantuan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) | Bayaran kepada pelajar akan dibuat sebelum peperiksaan dan dikreditkan terus ke akuan SSPN pelajar melalui PTPTN. |
Bila Duit Bantuan Bantuan Ihsan Komputer Sabah (BAIK) | Bayaran akan diluluskan kepada pelajar setelah mengemukakan justifikasi keperluan komputer riba |
Bila Duit Bantuan Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) | Bayi yang lahir pada tahun 2023, dan bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun SSPN |
Bila Duit Bantuan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) | Setelah pencalonan dibuat oleh pihak sekolah, IPT atau JPN Sabah |
Bila Duit Bantuan Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS) | Peruntukan akan disalurkan kepada Pejabat Daerah untuk melaksanakan projek setelah permohonan diluluskan |
Bila Duit Bantuan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) | Setelah permohonan dikemukakan dan diliuluskan |
Bila Duit Bantuan Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) | Setelah permohonan dikemukakan dan diliuluskan |
Bila Duit Bantuan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) | Tiada bayaran dilakukan |
ARTIKEL LAIN
- PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SABAH MUIS (Semakan Status appszakat. sabah. gov. my)
- SPANS SABAH (Permohonan Jawatan Kosong & Pendaftaran)
berapa lama bantuan ini akan selesai diproses? anggarannya?
Masih buka ka? Sebab sy try daftar nda keluar yg gunung2
Kalau permohonan saya diluluskan, berapa lama saya boleh dapat ya? Terima kasih.
Maaf tanya ,klau sudah buat permohonan tapi tidak berjaya..masih boleka hantar permohonan untuk permohonan seterusnya?
Kalau tiada account sspn? Bantuan masuk kat mana? Kena buat account sspn lagi?