KAD BIGPAY:SENARAI KEGUNAAN & KELEBIHAN (Masalah BigPay Card Tak Sampai Hilang Expired)

 KAD BIGPAY:SENARAI KEGUNAAN & KELEBIHAN (Masalah BigPay Card Tak Sampai Hilang Expired)

KAD BIGPAY

Pernah dengar tentang BigPay? Tahukah anda sekiranya guna BigPay, transaksi akan jadi lebih mudah dan cepat dan penggunannya Lebih meluas sehingga boleh digunakan di luar negara. Ini kerana BigPay bekerjasama dengan MasterCard dan tidak ada fee tambahan untuk exchange rate. Disini kami akan kongsikan kelebihan dan kegunaan kad BigPay ini, semoga membantu.

 

APA ITU BIGPAY

BigPay adalah merupakan ewallet (edompet) yang diperkenalkan sebagai salah satu langkah ke arah cashless society. Dimana anda boleh menggunanya apabila ingin buat bayaran tanpa menggunakan cash atau wang kertas.

Bagi yang pertama kali ingin guna kad BigPay tapi tak tahu apa fungsi dan kegunaanya, anda boleh baca sini 15 kelebihan yang ditawarkan kepada penggunanya.

 

SYARAT PENDAFTARAN BIGPAY

  • Anda hanya boleh mendaftar BigPay sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas, serta anda merupakan warganegara Malaysia ataupun penduduk tetap. Pendaftaran untuk BigPay adalah percuma. Walau bagaimanapun, anda memerlukan minimum RM20 sebagai syarat untuk mendaftar. Tiada caj tambahan dikenakan.

 

KELEBIHAN KAD BIGPAY

Berikut adalah kelebihan menggunakan BigPay eWallet:

  • Antara fungsi utamanya adalah untuk membuat pertukaran mata wang asing secara digital.
  • Pengguna juga mempunyai lebih banyak kebebasan untuk menggunakan wang kerana ia juga turut dilengkapi dengan aplikasi mobile dan Mastercard ala prepaid card.
  • Contohnya,anda yang sering berulang-alik atau mengirim wang ke Singapura atau Indonesia, aplikasi ini memang sangat sesuai untuk anda.
  • Proses permohonan tidak merumitkan. Anda boleh mohon secara online menerusi aplikasi BigPay sahaja. Download di Play Store atau App Store. Pendaftaran adalah PERCUMA
  • BigPay juga kini sudah bekerjsama dengan DuitNow. Ini bermakna, anda boleh pindahkan duit atau wang anda dengan lebih mudah dan pantas berbanding pemindahan konvensional biasa.
  • BigPay juga ada menawarkan mata ganjaran bagi setiap transaksi iaitu BIG Points. Jika anda buat pembayaran dimana-mana kedai atau pembelian, anda akan dapat point dengan kada yang ditetapkan
    • Transaksi menggunakan kad, RM30 = 1 point
    • Bayar bil menggunakan aplikasi BigPay, RM20 = 1 point
    • Bayar guna DuitNow, RM30 = 1 point
  • Disebabkan kad BigPay ini adalah kad Visa. Jadi ianya juga boleh digunakan dan mengeluarkan wang di mana-mana mesin ATM untuk buat pengeluaran cash.

 

KEGUNAAN KAD BIGPAY

Berikut adalah merupakan antara penggunaan kad ini:

  1. Kad, eWallet dan Aplikasi
    1. Kad fizikal
      • Anda akan peroleh kad prepaid VISA yang fungsinya sama seperti kad debit bank anda.
    2. eWallet
      • Aanda boleh topup dan simpan duit anda di dalamnya dan buat bayaran terus daripada telefon anda.
    3. Aplikasi
      • Anda juga boleh pantau segala perbelanjaan anda menerusi aplikasi BigPay. Segala transaksi duit keluar masuk, anda boleh tahu dan semuanya dicatatkan dalam aplikasi tersebut.
    4. Kad Fizikal (VISA) Diberikan Secara Percuma
      • Jika anda memohon BigPay, anda akan diberikan sekali dengan kad fizikal dengan reka bentuk minimalis yang cantik. Bukan itu sahaja, kad tersebut diberikan secara percuma sahaja untuk pengguna BigPay dan dihantar secara percuma.
    5. Boleh Keluarkan Duit Dari BigPay Ke Akaun Bank
      • Anda boleh topup sehingga RM10,000 dan satu hari tiba-tiba anda perlukan cash, anda masih boleh keluarkan duit tersebut iaitu transfer terus ke akaun bank tanpa caj tambahan (guna DuitNow). Kemudian, boleh lah anda withdraw duit tersebut.
    6. Tebus BIG Points Dengan Pelbagai Ganjaran
      • Disebabkan BigPay ini dibawah Air Asia. Jadi semua mata ganjaran yang anda peroleh tersebut, boleh digunakan untuk tebus barangan dibawah produk Air Asia.
      • Anda boleh beli tiket kapal terbang AirAsia, boleh tinggal di hotel Tune, Rocketmiles, Kaligo, boleh guna di Cafe Santan, T&Co dan banyak lagi.
    7. Kad BigPay Boleh Digunakan Di Seluruh Dunia
      • Disebabkan ianya kad Visa, jadi ianya boleh digunakan di seluruh dunia. Pastikan kedai tersebut mempunyai mesin imbasan kad Visa/Mastercard. Anda logo seperti dibawah, boleh guna kad tersebut
    8. Kadar Tukaran Wang Yang Rendah
      • Nlai tukaran yang ditawarkan BigPay hampir sama seperti nilai tukaran yang dipaparkan di Google.
    9. Kad BigPay Boleh Digunakan Hampir Semua Kedai
      • Sekiranya anda ingin menggunakan eWallet, anda perlu pastikan kedai tersebut memilik kod QR bagi eWallet anda tersebut. Jika tiada, maka anda tak boleh buat bayaran menggunakan eWallet anda tersebut.
    10. Ada Fungsi Wave/Contactless Pada Kad BigPay
      • Jangan ingat kad debit dan kad kredit sahaja ada fungsi paywave atau contactless tau. Kad Visa Big Pay pun anda. Boleh buat bayaran sama ada menggunakan kad pin atau wave sahaja. Jimat masa bukan.

 

BAGAIMANA SEKIRANYA KAD BIGPAY HILANG?

Sekiranya kad anda hilang atau dicuri, anda hanya perlu buka apliaksi BigPay dan ‘freeze’ kan kad anda tersebu. Ini bermakna, tiada siapa pun yang boleh menggunakan kad tersebut selama mana ianya di ‘freeze’ kan.

 

BAGAIMANA SEKIRANYA KAD BIGPAY TAK SAMPAI?

Kad anda akan sampai ke alamat anda dalam masa 5-7 hari bekerja selepas anda selesai mendaftar. Walau bagaimanapun, disebabkan situasi Covid-19, sila ambil perhatian bahawa mungkin terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran kad anda: benarkan kami sehingga 14 hari bekerja. Anda masih boleh menjejaki status penghantaran kad anda dalam apl BigPay anda.

Jika kad anda belum tiba selepas 14 hari bekerja, sila chat agent menerusi apl BigPay.

 

BAGAIMANA SEKIRANYA KAD BIGPAY TAMAT TEMPOH (Expired)

Jangan risau – pihak BigPay akan berhubung dengan langkah seterusnya. Pastikan anda menyemak e-mel anda pada bulan sebelum tamat tempoh kad anda

 

SOALAN LAZIM (FAQ) BIGPAY

Untuk mengetahui soalan lazim mengenai kad BigPay, anda boleh merujuk DI SINI 

 

ARTIKEL LAIN

BIGPAY AIRASIA (CARA DAFTAR & GUNA EWALLET ONLINE )

Leave a Comment