CARA RENEW KAD BANK AGROBANK RHB BANK BSN ISLAM (Expired)

CARA RENEW KAD BANK AGROBANK RHB BANK BSN ISLAM (Expired)

CARA RENEW KAD BANK

Sekiranya kad ATM/debit anda yang sedia telah ditamatkan (expired), anda seharusnya membuat permohonan penggantian kad debit baru untuk memudahkan urusan transaksi harian anda. Bagaimana cara untuk tukar kad debit secara online? Disini kami kongsikan cara renew kad bank, semoga membantu.

 

APA ITU KAD DEBIT

Kad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Secara analogi, kad debit merupakan wang tunai digital anda. Kad debit menolak wang yang terdapat dalam akaun simpanan pada bank anda bagi setiap pembayaran. Kad debit tidak dapat digunakan apabila wang di dalam akaun telah habis digunakan.

 

CARA TUKAR KAD BANK AGROBANK ONLINE

Pada masa kini dimaklumkan bahawa bagi urusan penggantian kad Debit Agrobank yang baru tidak boleh dilakukan secara online, ianya boleh dilakukan melalui cawangan Agrobank sahaja seperti berikut:

  1. Hadir ke cawangan Agrobank terdekat dengan Anda.
  2. Bawa dokumen penting seperti:
    • Kad pengenalan
    • Buku simpanan bank
    • Duit RM15.
  3. Ambil nombor giliran, apabila nombor giliran Anda dipanggil.
  4. Berikan dokumen yang telah Anda bawa kepada pegawai bank.
  5. Selepas itu pegawai akan tanyakan beberapa soalan bagi tujuan pengesahan untuk memastikan bahwa Anda adalah pemilik akaun sebenar.
  6. Isikan borang permohonan kad baru yang diberikan oleh pegawai bank.
  7. Kad ATM baru akan diberikan kepada Anda dan Anda dikehendaki membuat no PIN baru.
  8. Selesai

 

CARA TUKAR KAD BANK RHB ONLINE

Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Bank RHB secara online:

  1. Log masuk RHBNow: https://logon.rhb.com.my
  2. Pilih menu Apply
  3. Pilih Debit Card Renewal
  4. Lengkapkan butiran yang diperlukan, selepas itu klik pada kotak untuk persetujuan terma dan syarat, Klik Preview
  5. Penghantaran kad adalah dalam masa 15 hari bekerja selepas tarikh permohonan.

 

CARA TUKAR KAD BANK ISLAM ONLINE

Pada masa kini dimaklumkan bahawa bagi urusan penggantian kad Debit Bank Islam yang baru tidak boleh dilakukan secara online, ianya boleh dilakukan melalui cawangan Bank Islam sahaja seperti berikut:

  1. Hadir ke cawangan Bank Islam terdekat
  2. Bawa dokumen penting seperti:
    • Kad pengenalan
    • Kad debit/kredit Bank Islam lama
    • Wang secukupnya
  3. Dapatkan nombor giliran anda.
  4. Setelah nombor giliran Anda di panggil, segera beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin buat penukaran kad Bank Islam lama dengan yang baru.
  5. Pegawai bank akan minta kad pengenalan dan kad Bank Islam Anda.
  6. Tunggu beberapa minit, kad Bank Islam Anda akan digantikan dengan yang baru.

 

CARA TUKAR KAD BANK BSN ONLINE

Pada masa kini dimaklumkan bahawa bagi urusan penggantian kad Debit BSN yang baru tidak boleh dilakukan secara online, ianya boleh dilakukan melalui cawangan BSN sahaja seperti berikut:

  1. Hadir ke cawangan Bank BSN terdekat
  2. Bawa dokumen penting seperti:
    • Kad pengenalan
    • Kad debit/kredit Bank BSN lama
    • Wang secukupnya
  3. Ambil nombor giliran, dan tunggu nombor giliran anda dipanggil.
  4. Lengkapkan borang yang diberikan oleh pegawai bank (sekiranya ada).
  5. Pegawai bank akan minta MyKad dan kad lama ATM BSN Anda.
  6. Tunggu kira-kira 5 minit, pegawai bank akan berikan Kad ATM BSN baru.
  7. Sila buat PIN baru untuk kad ATM BSN Anda.
  8. Selesai

 

ARTIKEL LAIN 

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT BAGI KES BLACKLIST (irakyat.com.my)

3 thoughts on “CARA RENEW KAD BANK AGROBANK RHB BANK BSN ISLAM (Expired)”

Leave a Comment