BI WINBIZ BANK ISLAM (Permohonan Pembiayaan Khas Usahawan Wanita PKS)

BI WINBIZ BANK ISLAM (Permohonan Pembiayaan Khas Usahawan Wanita PKS)

BI WINBIZ

Untuk para usahawan wanita yang berada di Malaysia, Bank Islam kini menawarkan pakej pembiayaan khusus bagi usahawan wanita yang ingin meningkatkan perniagaan melalui pembiayaan BI WinBiz. Di sini kami akan kongsikan maklumat lanjut tentang pakej pembiayaan khusus yang ditawarkan oleh Bank Islam ini, semoga membantu.

 

APA ITU BI WINBIZ

Bank Islam Women in Business Financing Programme (BI WinBiz) ialah produk pembiayaan yang diwujudkan untuk usahawan Wanita di Malaysia yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menampung perbelanjaan modal kerja dan/atau modal perniagaan mereka. Tujuan pembiayaan ini adalah untuk menggalakkan usahawan wanita PKS untuk memajukan perniagaan mereka dalam bidang perniagaan.

 

SYARAT KELAYAKAN BI WINBIZ

Kepada usahawan wanita yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Pemohon mestilah usahawan wanita PKS.
  2. Merupakan Syarikat Sendirian Berhad, Perkongsian Liabiliti Terhad, Perkongsian, Pemilikan Tunggal, dan Penyedia Perkhidmatan Profesional.
  3. Perniagaan mestilah beroperasi tidak kurang daripada 2 tahun dan masih aktif.
  4. Sekurang-kurangnya 51% saham syarikat dimiliki oleh wanita warganegara Malaysia.

 

JUMLAH PEMBIAYAAN 

Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini:

  • Kadar minimum sebanyak RM100,000
  • Kadar maksimum sebanyak RM1 juta.

 

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN

Berikut adalah merupakan ciri-ciri pembiayaan ini:

  • Pakej pembiayaan istimewa untuk usahawan wanita
  • Kadar pembiayaan adalah 1.5% setahun
  • Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun.

 

SKOP PEMBIAYAAN 

Terdapat 2 skop pembiayaan yang boleh dimohon oleh usahawan wanita melalui pembiayaan ini iaitu:

  • Modal Kerja
  • Perbelanjaan Modal (CAPEX)

 

CARA PERMOHONAN BI WINBIZ

Kepada usahawan wanita yang berkelayakn dan berminat untuk membuat permohonan pembiayaan ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari laman web permohonan Bank Islam WinBiz 
  2. Pada paparan utama klik pada Apply Now.
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  4. Semak kembali maklumat anda, sekiranya betul klik pada Submit untuk menghantar permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan Bank Islam WinBiz, sila layari website rasmi Bank Islam di pautan https://www.bankislam.com/ atau kemukakan pertanyaan melalui email [email protected].

 

ARTIKEL LAIN

2 thoughts on “BI WINBIZ BANK ISLAM (Permohonan Pembiayaan Khas Usahawan Wanita PKS)”

Leave a Comment