HARI NUZUL AL-QURAN(2024(Bila Tarikh Cuti Tambahan Sekolah KPM/Umum Negeri Tema)

HARI NUZUL AL-QURAN(2024(Bila Tarikh Cuti Tambahan Sekolah KPM/Umum Negeri Tema)

NUZUL AL-QURAN CUTI

Bagi umat islam, peristiwa Nuzul al-Quran merupakan satu peristiwa besar yang bersejarah yang sangat penting hingga ke akhir zaman untuk diingati. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti umum awal Nuzul Al-Quran bagi tahun 2024, semoga membantu.

 

APA ITU NUZUL AL-QURAN

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

 

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Peristiwa Nuzul al-Quran adalah diimana ALLAH SWT telah menurunkan ayat pertama al-Quran kepada Baginda Rasulullah SAW menerusi perantaraan malaikat Jibril. Ia berterusan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira’.

Pengertian Nuzul al-Quran dari segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ itu bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.

 

TARIKH CUTI UMUM NUZUL AL-QURAN 2024

Nuzul Al Quran merupakan hari kelepasan umat Islam dibulan Ramadan yang suci, yang di rayakan pada permulaan Quran di wahyukan pada Nabi Muhammad. Berikut adalah merupakan tarikh cuti umum bagi negeri yang terlibat iaitu:

TarikhHariCutiNegeri
28 Mac  2024KhamisHari Nuzul Al-QuranSemua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N. Sembilan, Sabah  & Sarawak

 

 ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment