HARI WESAK 2024(Bila Tarikh Cuti Tambahan Sekolah KPM/Umum Negeri)

HARI WESAK 2024(Bila Tarikh Cuti Tambahan Sekolah KPM/Umum Negeri)

HARI WESAK CUTI

Seperti yang diketahui, setiap tahun kita akan menyambut Hari Wesak yang merupakan hari terpenting dalam kalendar Buddha yang melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung dan Kematian Gautama Buddha. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti umum Hari Wesak bagi tahun 2024, semoga membantu.

 

APA ITU HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hari terpenting diraikan penganut agama Buddha memperingati hidup pengasas ajaran mereka iaitu Siddharta Gautama Buddha dalam peringkat-peringkat penting beliau iaitu kelahirannya di Lumbini, pencapaian kecerahan agung selepas sekian lama bertapa dan kemangkatannya di Kusinara. Perayaan ini disambut luas serata Asia Selatan, Tenggara dan Timur[2] antara bulan April hingga selewat Jun, tetapi khususnya pada bulan Mei.[3]

 

TARIKH CUTI UMUM SAMBUTAN HARI WESAK 2024

Tarikh cuti umum bagi sambutan hari wesak adalah pada 22 Mei 2024 (Rabu)

 

CARA SAMBUTAN HARI WESAK

Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil atau vihara Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha; mereka mengibarkan panji agama yang melambangkan ajaran pegangan mereka serta mengalunkan nyanyian mengukuhkan Tiga Permata yang menjadi tiang rukun anutan mereka yakni Buddha, Dhamma dan Sangha.
Para pengunjung mempersembahkan pemberian ringkas seperti bunga, lilin dan colok dan di kaki patung-patung Guru Agung mereka; barangan bunga yang cepat layu sepertimana cepat terbakarnya lilin dan colok melambangkan pendeknya usia hayat manusia yang mesti diingati.
Para sami membaca kitab Sutra. Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.

 

FAKTA SAMBUTAN HARI WESAK

Hari Wesak menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya (Parinirvana).

Patung Buddha kedua terbesar di dunia terletak di Kampung Jambu, Tumpat , Kelantan. Tiga patung Buddha terletak di Tumpat, Kelantan iaitu patung Buddha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Jalan Meranti yang merupakan kedua terbesar di dunia selepas Myanmar, Buddha duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Buddha berdiri di Kampung Terbok.

Di kalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut Hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment