PERMOHONAN MySPP : Cara Daftar MySPP (Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

PERMOHONAN MySPP : Cara Daftar MySPP (Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

PERMOHONAN MySPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

 

IKLAN PERMOHONAN SPP

  • SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.
  • Sebaliknya, SPP akan menyiarkan iklan sepanjang masa di portal kami dan permohonan boleh dibuka terus di https://myspp.spp.gov.my .
  • Oleh itu, perlu kerap menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.
  • Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.
  • Setiap pendaftaran perlu diperbaharui/ dikemas kini walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun.
  • Ini membolehkan SPP mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPP.
  • Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun.

 

CARA DAFTAR MYSPP

Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja. Anda boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan di laman utama mySPP melalui langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web https://myspp.spp.gov.my.
  2. Skrin Daftar Akaun Baharu akan dipaparkan.
  3. Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama
  4. penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
  5. Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan e-mel (mestilah sama dengan alamat e-mel semasa pendaftaran di JobsMalaysia, hanya pemohon yang telah berdaftar di JobsMalaysia).
  6. Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.
  7. Selepas semua medan diisi, klik butang Daftar.
  8. Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang Semula.

 

KEMASKINI MAKLUMAT

Maklumat yang perlu sentiasa dikemaskini merangkumi:

  1. Maklumat Akademik
    • PT3/PMR/SRP/LCE
    • SPM/MCE/SPM(V)
    • Peperiksaan Tambahan
    • STPM/STP/HSC
    • Pengajian Tinggi
    • Profesional
  2. Sukan dan Persatuan
  3. Rekacipta / Pencapaian
  4. Bakat/Kebolehan Bahasa
  5. Penerima Bantuan/Kurang Upaya (jika berkenaan)

 

CARA PERMOHONAN JAWATAN MYSPP

Di sini disertakan langkah-langkah untuk memohon jawatan di dalam portal mySPP:

  1. Login ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
  2. Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’, dan klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’
  3. Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’
  4. Jika pemohon ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ dan tekan butang ‘<<.’
  5. Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga / Ujian Khas daripada senarai yang diberikan.
  6. Kemudian tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
  7. Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ dan pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
  8. Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
  9. Kemudian, klik butang ‘Hantar.’
  10. Pemohon dibenarkan memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan.
  11. Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat dengan jawatan yang dipilih
  12. *Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.

 

MAKLUMAT LANJUT

Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.

  • Talian Hotline mySPP :
    • Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
    • Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya,
    • Tel : 03-8000 8000
    • Faks : 03-8871 7499

ARTIKEL LAIN

LUPA PASSWORD mySPP:CARA RESET KATA LALUAN & SENARAI RALAT (MASALAH LOG MASUK)

1 thought on “PERMOHONAN MySPP : Cara Daftar MySPP (Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)”

Leave a Comment