LUPA PASSWORD mySPP:CARA RESET KATA LALUAN & SENARAI RALAT (MASALAH LOG MASUK)
Sekiranya anda sudah berdaftar MySPP tetapi sudah lama tak membukanya, tetapi bila ingin kemaskini permohonan sudah tentu lupa Password MySPP anda kan. Bagaimana cara untuk dapatkan kata laluan MySPP kembali? Disini kami kongsikan caranya.
APA ITU MySPP
MySPP ialah satu platform yang baharu dimana ia merupakan sistem pengambilan anggota perkhidmatan pendidikan dan pengguna boleh membuat permohonan untuk jawatan pekerjaan melalui sistem ini. Ketahui cara daftar MySPP yang betul untuk membolehkan anda mendapatkan jawatan yang anda inginkan.
MySPP ini akan memberikan paparan dan fungsi terbaik dengan menggunakan versi-versi tertentu, anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar Web anda untuk menggunakan mySPP ini.
CARA RESET KATA LALUAN
Sekiranya anda terlupa kata laluan MySPP anda, berikut adalah langkah untuk reset Kata Lalaun anda:
- Layari pautan MySPP: https://myspp.spp.gov.my.
- Klik pada pilihan LUPA KATA LALUAN
- Pada ruangan Maklumat Asas, isikan Nombor kad pengenalan dan Nama Penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
- Pada bahagian Maklumat Soalan Keselamatan, pilih soalan dan jawab soalan tersebut berdasarkan jawapan yang anda isi masa sewaktu Pendaftaran
- Pada bahagian Maklumat Kata Laluan Baru, ciptakan akata lalauan yang anda inginkan, dan sahkan sekali lagi kata laluan tersebut.
- Kemudian masukkan Kod Keselamatan yang tertera, klik Hantar.
- Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya.
SENARAI RALAT (MASALAH LOG MASUK)
Sekiranya ada dapat kenal pasti kenapa pendaftaran SPP tersebut menjadi RALAT atau TIDAK BERJAYA, antaranya ialah :
- Pastikan semasa pendaftaran MySPP menggunakan PC/Laptop
- Pastikan anda mengisi NAMA PENUH sama dengan dalam KAD PENGENALAN
- Sekiranya anda pernah mendaftar sebelum ini (hanya masukkan NO IC dan klik FORGOT PASSWORD)
- Jangan gunakan EMAIL YANG SAMA
- Semak nombor telefon anda. Pastikan NO TEL yang ditulis adalah tidak double contohnya +60(012345679) – Sila buang “0” dihadapan.
- Sekiranya dinyatakan bahawa IC anda telah didaftarkan, ini bermaksud anda PERNAH MENDAFTAR JOBSMALAYSIA sebelum ini.
- Taip KOD VERIFIKASI mengikut kod (huruf besar, huruf kecil dan nombor).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut tentang lupa password MySPP, anda boleh layari Laman web Rasmi mySPP di pautan https://myspp.spp.gov.my/
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN MySPP : CARA DAFTAR MySPP (Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
1 thought on “LUPA PASSWORD mySPP:CARA RESET KATA LALUAN & SENARAI RALAT (MASALAH LOG MASUK)”