SEMAKAN BKK(Check Bantuan Kanak Kanak Guna eBantuan JKM)

SEMAKAN BKK (Check Bantuan Kanak Kanak Guna eBantuan JKM)

SEMAKAN BKK

Untuk makluman, bermula pada tahun 2022, Bantuan Kanak-kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan dinaikkan menurut Belanjawan 2022 yang telah diluluskan. bagi yang berkelayakan boleh membuat permohonan. Disini kami kongsikan cara SEMAKAN BKK, semoga membantu.

 

Apa itu BKK

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah bertujuan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga. Ini supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka sebagai kanak-kanak.

 

KADAR BAYARAN BKK

Kadar bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK):

  • RM200 sebulan seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 sebulan seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000 sebulan sekeluarga

 

SYARAT KELAYAKAN BKK

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin per kapita semasa;
  4. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

 

CARA PERMOHONAN BKK

Berikut adalah cara membuat permohonan:

  1. Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  2. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  3. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

 

CARA SEMAKAN STATUS BKK DI eBANTUAN JKM

Bagi yang telah membuat permohonan dan ingin membuat semakan, semakan boleh dibuat secara online menerusi eBantuan. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari website eBantuan JKM: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik butang Semakan Status Permohonan Talian
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Klik butang Semak
  5. Status Bantuan / Permohonan akan terpapar
  6. Jika tidak pernah buat permohonan apa-apa, akan terpapar Tiada rekod
  7. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan Kanan-Kanak JKM, sila layari website rasmi JKN di pautan https://www.jkm.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

JADUAL BAYARAN JKM (Tarikh Duit Masuk Bank)

 

1 thought on “SEMAKAN BKK(Check Bantuan Kanak Kanak Guna eBantuan JKM)”

Leave a Comment