AWAL MUHARRAM MAAL HIJRAH 2024(Tarikh Tema Ucapan)

AWAL MUHARRAM MAAL HIJRAH 2024(Bila Tarikh Cuti Tambahan Sekolah KPM/Umum Negeri Tema & Ucapan)

Seperti yang diketahui, seluruh umat islam akan menyambutsambutan Maal Hijrah di semua negeri. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti umum awal muharram Maal hijrah bagi tahun 2024 beserta tema dan contoh ucapan, semoga membantu.

APA ITU AWAL MUHARRAM MAAL HIJRAH

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

TEMA AWAL MUHARRAM MAAL HIJRAH 2024 / 1446H

Tema bagi sambutan Awal Muharram pada tahun ini adalah (akan dikemaskini kemudian)

TARIKH SAMBUTAN AWAL MUHARRAM MAAL HIJRAH 2024 / 1446H

Program sambutan rasmi Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024/1446H akan bermula pada 7 Julai 2024  selepas maghrib. Menurut sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tradisi yang sudah dilaksanakan beberapa tahun lalu itu mengambil kira tarikh takwim Islam bermula sejurusnya azan Maghrib.

TARIKH CUTI UMUM AWAL MUHARRAM MAALHIJRAH 2024 / 1446H

Tarikh cuti umum bagi awal muharram adalah pada 7 Julai 2024 (Ahad)

CONTOH UCAPAN AWAL MUHARRAM 

Berikut adalah merupakan koleksi ucapan yang boleh anda gunakan iaitu:

  • Satu tahun telah kita jalani. Semoga amalan-amalan baik kita pada tahun lepas dapat dipertingkankan dan amalan. Selamat Menyambut Awal Muharam 1446 Hijrah.
  • Mari kita sama-sama menyambut tahun baru Islam dengan penuh keindahan dan pengharapan. Semoga dirimu dan keluargamu mendapat Tahun Baru yang penuh kedamaian, kebahagiaan, kemakmuran dan kelimpahan semuanya. Selamat Tahun Baru 1446 Hijrah
  • Akhir setiap tahun adalah waktu untuk mengucapkan selamat tinggal pada satu tahun dan menyambut datangnya tahun baru. Semoga tahun baru 1446 Hijrah ini mendatangkan keberkatan dan kesejahteraan buat kita semua.
  • Selamat Menyambut Tahun Baru 1446 Hijrah. Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan di tahun baru ini.
  • Awali bulan dan tahun yang baik dengan doa yang terbaik. Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1446 Hijrah.
  • Selamat menempuh tahun baru Hijrah. Hijrah atau perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan juga kekuatan umatnya
  • Marilah kita bersama-sama memperkuatkan perpaduan dan mengembleng tenaga menjalankan kewajipan. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungiNya.
  • Semoga Maal Hijrah ini akan memperteguhkan tekad dan iltizam untuk menyemarakkan semangat Hijrah dan perubahan ke arah kebaikan dengan pengembelengan tenaga dan fikiran bersendikan akidah dan memperkukuhkan semangat ukhuwah.

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment