PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN NEGERI SELANGOR(Borang)

PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN NEGERI SELANGOR(Borang)

BANTUAN BLUEPRINT SELANGOR

Terkini Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah memperkenalkan Program Bantuan Blueprint dalam usaha menangani masalah kemiskinan di Selangor. Kepada anda yang berkelayakan, disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan. Semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN BLUEPRINT SELANGOR

Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan ini merupakan satu program yang dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi kumpulan sasar menerusi projek ekonomi yang berdaya maju dan berpotensi untuk berkembang.

Secara langsung ia bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin dan berpendapatan rendah. Dengan program ini, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menyalurkan bantuan berupa peralatan atau mesin yang diperlukan berdasarkan perusahaan / perniagaan yang sedang dijalankan.

 

KUMPULAN SASAR BANTUAN BLUEPRINT SELANGOR

Program ini melibatkan golongan miskin & berpendapatan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahaan dalam bidang-bidang berikut:

  • Jahitan
  • Perniagaan makanan
  • Kraftangan

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BLUEPRINT SELANGOR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  • Pendapatan seisi rumah RM3, 000.00 dan ke bawah ATAU pendapatan individu RM2,000.00 dan ke bawah.
  • Pemastautin tetap Negeri Selangor (sekurang-kurangnya 10 tahun)
  • Menjalankan aktiviti perniagaan di dalam negeri Selangor sahaja
  • Telah memulakan perniagaan/ perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun.

 

CARA PERMOHOMAN BANTUAN BLUEPRINT SELANGOR

Kepada anda yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan iaitu:

  • Permohonan bantuan boleh dibuat di Pejabat Daerah Terdekat masing-masing atau layari pautan Sistem SMART Insiatif Peduli Rakyat (SSIPR)
  • Bantuan akan diberikan dalam bentuk kelengkapan peralatan atau mesin.
  • Bantuan peralatan atau mesin yang diberikan tidak boleh dijual, dipajak, digadai atau dipindah milik selain daripada penama yang dinyatakan di dalam surat tawaran. Sekiranya berlaku, pihak Kerajaan Negeri berhak mengambil balik bantuan peralatan atau mesin tersebut.
  • Penerima bantuan hendaklah mengurus dan menyelenggara peralatan atau mesin dengan perbelanjaan sendiri (setelah tamat tempoh waranti).
  • Hanya satu orang bagi satu isi rumah sahaja yang layak menerima bantuan.
  • Permohonan yang telah berjaya atau yang pernah mendapat bantuan dibawah Program ‘Blueprint’ ini tidak layak memohon kali kedua.
  • Peralatan atau mesin yang diperlukan perlulah berdasarkan kemahiran pemohon.
  • Segala bentuk bantuan peralatan atau mesin yang ditawarkan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.
  • Pihak Kerajaan Negeri berhak untuk menarik balik peralatan atau mesin yang diberikan sekiranya didapati penerima tidak memanfaatkan bantuan yang diberikan.
  • Peralatan dan mesin yang diberikan merupakan Harta Kerajaan Negeri Selangor.
  • Penerima wajib mengikuti kursus yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekiranya berjaya dalam permohonan ini.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan Blueprint Selangor, anda boleh melayari portal rasmi Sistem SMART Insiatif Peduli Rakyat

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment