PERMOHONAN AIR PERCUMA SELANGOR (Daftar & Semak ssipr.selangor.gov.my)

PERMOHONAN AIR PERCUMA SELANGOR (Daftar & Semak ssipr.selangor.gov.my)

AIR PERCUMA SELANGOR

Penduduk di negeri Selangor yang berkelayakan dan masih belum memohon skim air percuma Selangor iaitu Skim Air Darul Ehsan (SADE), sukacita dimaklumkan permohonan SADE untuk tahun ini telahpun dibuka.

Untuk makluman, SADE adalah program penjajaran semula pemberian air percuma 20 meter padu kepada kumpulan sasar penduduk negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.

Skim ini telah ditambah baik dan dilaksanakan sejak 2019 bagi mencapai matlamat sebenar Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri Selangor iaitu mensasarkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan layak.

 

OBJEKTIF SADE

Objektif utama pelaksanaan SADE adalah untuk bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi.

Selain itu, pelaksanaan SADE adalah untuk menstruktur semula semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.

 

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi individu yang ingin memohon SADE adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM4,000 dan ke bawah.
  3. Pemohon tinggal di premis kediaman jenis meter individu.
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

 

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.
  2. Isi maklumat yang ditetapkan dan klik butang ‘Daftar.’
  3. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Isi maklumat diri dan premis untuk melengkapkan permohon.
  5. Hantar permohonan.

 

SOALAN LAZIM

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan isi rumah bawah RM4,000?

  • Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).

Kami mempunyai pendapatan isi rumah lebih dari daripada RM4,000 kerana termasuk pendapatan anak kami yang tinggal serumah. Adakah kami layak memohon SADE?

  • Permohonan hanya mengambil kira pendapatan suami dan isteri sahaja, sekiranya pendapatan suami dan isteri melebihi RM4,000, pemohon tidak layak menikmati Skim Air Darul Ehsan.

Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, tidak ada slip gaji dan tidak pernah mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), adakah saya layak memohon?

  • Ya. Pemohon layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan semakan kelayakan.

Saya tinggal di Putrajaya tetapi mempunyai rumah di Negeri Selangor, adakah saya layak untuk memohon?

  • Ya. Pemohon layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan bagi premis yang terletak di Negeri Selangor tetapi tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan.

Adakah penyewa layak untuk membuat permohonan Skim Air Darul Ehsan?

  • Ya. Penyewa layak untuk membuat permohonan sekiranya menyewa di Negeri Selangor tetapi tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan semakan kelayakan.

 

MAKLUMAT  LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 15300 atau menghantar email pertanyaan ke [email protected].

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR 2022 (Login ehartanah.lphs.gov.my)

5 thoughts on “PERMOHONAN AIR PERCUMA SELANGOR (Daftar & Semak ssipr.selangor.gov.my)”

Leave a Comment