Cara Semak Cukai Tanah Selangor (Bayar ehasil.selangor.gov.my)
Tahukah anda, bagi pemilik tanah anda dikehendaki membuat pembayaran semak cukai Selangor tanah yang dikenakan bagi setiap tanah yang anda miliki. Anda bertanggungjawab untuk membuat bayaran kepada kerajaan negeri masing-masing dalam tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.
Cukai Tanah ini juga merupakan salah satu pendapatan kerajaan Negeri dan dapat digunakan untuk pengurusan serta pembangunan di sesebuah Negeri tersebut. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk membayar cukai tanah mengikut yang telah ditetapkan oleh negeri masing-masing.
Untuk pengentahuan anda, tidak membuat pembayaran atau mengelak daripada membayar cukai tanah ini boleh menyebabkan hartanah anda akan di rampas oleh pihak Negeri. Ini tertakluk di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara.
Bagi Negeri Selangor, urusan untuk semakan dan bayaran cukai tanah, anda tidak perlu lagi ke Pejabat Tanah. Kini semuanya boleh dilakukan online sahaja.
Disini, kami akan terangkan cara semak cukai tanah Selangor secara atas talian.
- Sila layari laman web rasmi Semakan Cukai Tanah Selangor di pautan ini :
- Terdapat 4 Pilihan Carian:
Cara Semak Cukai Tanah Selangor Guna Nombor Akaun
- Paparan nombor akaun baharu di dalam cetakan bil cukai tanah.
- Masukkan Nombor Akaun Baharu di dalam kotak yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang Cari.
- Hasil carian akan dipaparkan.
- Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
- Jika tiada cukai yang belum dibayar, skrin pembayaran secara atas talian tidak di paparkan.
- Semakan menggunakan Nombor Akaun anda telah berjaya anda boleh ikuti panduan di bawah untuk teruskan proses pembayaran secara online.
- Tekan Butang Bayar.
- Pilih Jenis Bank di perbankan internet FPX.
- Masukkan alamat Emel anda.
- Tekan butang “Bayar” dan anda akan terus ke halaman perbankan online yang telah dipilih.
- Jika anda sudah selesai membuat pembayaran, pastikan anda Cetak Salinan Resit Pembayaran untuk tujuan rujukan dan bukti pembayaran.
Cara Semak CukaiTanah Selangor Guna ID Hakmilik
- Sila masuk ke pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
- Pilih jenis bil Cukai tanah.
- Pilih jenis carian menggunakan “Id Hakmilik”.
- Pilih daerah, mukim, jenis hakmilik dan no. Hakmilik. Kesemua ruangan carian tersebut perlu di isi.
- Tekan butang “Cari” dan keputusan carian akan dipaparkan.
- Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
- Paparan mesej “Maaf, Carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hakmilik gagal ditemui.
- Selesai anda boleh membuat pembayaran jika hasil carian anda berjaya dijumpai dan terdapat tunggakan yang perlu di lansaikan.
Cara Semak Cukai Tanah Selangor Guna Nombor Akaun 14 Digit
- Sila masuk ke pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
- Pilih jenis bil Cukai tanah.
- Pilih Jenis Carian No Akaun (14 Digit).
- Masukkan no akaun dan tekan butang “Cari”.
- Keputusan carian akan dipaparkan.
- Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
- Paparan mesej “Maaf, Carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hakmilik gagal ditemui.ekiranya hakmilik gagal ditemui.
- Selesai anda boleh membuat pembayaran jika hasil carian anda berjaya dijumpai dan terdapat tunggakan yang perlu di lansaikan.
Cara Semak Cukai TanahSelangor Guna Nombor Akaun Lama 21 Digit
- Sila masuk ke pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
- Pilih Jenis Bil Cukai Tanah.
- Pilih “No Akaun Lama (21 Digit)”.
- Pilih “Daerah”.
- Masukkan nombor akaun lama (21 digit) dan tekan “Cari”.
- Keputusan carian akan dipaparkan.
- Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
- Paparan mesej “Maaf, Carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hakmilik gagal ditemui.ekiranya hakmilik gagal ditemui.
- Selesai anda boleh membuat pembayaran jika hasil carian anda berjaya dijumpai dan terdapat tunggakan yang perlu di lansaikan.
Untuk dapatkan maklumat tambahan, anda juga boleh berhubung terus dengan:
Pejabat Tanah dan Galian Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Artikel Lain
PERMOHONAN AIR PERCUMA SELANGOR (Daftar & Semak ssipr.selangor.gov.my)
3 thoughts on “Semak Cukai Tanah Selangor (Bayar ehasil.selangor.gov.my)”