CARA DAFTAR KURSUS KAHWIN ONLINE (Setiap Negeri Di Malaysia)

CARA DAFTAR KURSUS KAHWIN ONLINE (Setiap Negeri Di Malaysia)

KURSUS KAHWIN ONLINE

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, sudah tentunya ingin mengetahui cara untuk daftar kursus kahwin terlebih dahulu. Terkini permohonan daftar perkahwinan boleh dilakukan secara online melalui Portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PORTAL SPPIM

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.

 

SIAPA YANG PERLU DAFTAR KURSUS KAHWIN

Berikut adalah golongan yang perlu menghadiri kursus kahwin

  • Bagi pasangan yang pertama kali ingin berkahwin
    • Diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Bagi perkahwinan kedua dan seterusnya
    • Tidak lagi perlu menghadiri kursus perkahwinan.

 

KENAPA PERLU MENGHADIRI KURSUS KAHWIN

  • Sijil kursus perkahwinan ini diperlukan apabila menghantar dokumen permohonan perkahwinan kepada pejabat agama Islam daerah masing-masing.
  • Disarankan untuk menghadiri kursus perkahwinan awal dan tidak menunggu di saat akhir kerana dikhuatiri tiada kekosongan untuk anda.

 

CARA DAFTAR KURSUS KAHWIN ONLINE

Berikut adalah merupakan cara kursus kahwin secara online:

  1. Layari laman web SPPIM: https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home
  2. pada paparan utama Klik pada Daftar Kursus
  3. Lakukan carian mengikut maklumat seperti berikut:
    • Negeri
    • Daerah
    • Penganjur
    • Tarikh kursus
  4. Pilih tempat dan lokasi kursus yang ada akan dipaparkan
  5. Seterusnya lengkap maklumat pendaftaran dengan lengkap seperti:
    • nama penuh
    • nombor kad pengenalan
    • Tarikh lahir
    • Email
    • Nombor telefon
  6. Semak kembali maklumat anda, kemudian tick pada kotak syarat dan terma
  7. Kemudian satu laman khas akan memaparkan maklumat mengenai jumlah yuran, nama penganjur, cara pembayaran dan pelbagai info berkaitan.
  8. Selesai

Nota: Pastikan anda menghadiri kesemua modul dan bahagian dalam kursus perkahwinan yang didaftarkan bagi membolehkan anda lulus dan layak mendapat sijil kursus pra-perkahwinan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar kursus kahwin online, sila layari website rasmi SPPIM di pautan https://www.sppim.gov.my/sppim/home

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS BKM 2022: KADAR BAYARAN BAGI BUJANG / ISI RUMAH

Leave a Comment