CARA PASANG CAR SEAT (Baru Anak Selamat & Selesa)

CARA PASANG CAR SEAT (Baru Anak Selamat & Selesa)

CARA PASANG CAR SEAT

Tahukah anda, kini Kerajaan mewajibkan penggunaan child restraint system (crs) atau carseat kepada anak kecil dan bayi untuk keselamatan. Walaubagaimanapun untuk penggunaan car seat ini seharusnya digunakan cengan cara yang betul. Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

JENIS CAR SEAT

Seperti yang diketahui, jenis car seat yang boleh diselaraskan mengikut pada umur dan saiz kanak-kanak. Pemilihan car seat mesti disesuaikan dengan badan kanak-kanak. Berikut adalah merupakan jenis car seat:

  1. Car Seat khas untuk bayi
    • Paling sesuai untuk bayi baru lahir dan bayi kecil kerana ianya dipasang menghadap ke belakang kereta.
    • Kedudukan ini direka untuk memberikan perlindungan tambahan untuk kepala, leher dan dada bayi sekiranya berlaku perlanggaran
  2. Car seat boleh tukar / diselaraskan
    • Sesuai digunakan untuk bayi yang berumur 9 bulan hingga 2-3 tahun.
    • Lebih besar dan kelihatan kukuh.
    • Cara memasang car seat ini diletakkan menghadap ke hadapan atau menghadap ke belakang yang boleh dilaraskan mengikut tumbesaran anak.
  3. Car seat 3-dalam-1
    • Saiz lebih besar dan direka untuk menghadap ke hadapan, belakang, serta tempat duduk penggalak tambahan.
    • Kerusi kereta ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8-12 tahun, atau sehingga kanak-kanak itu cukup umur untuk boleh menggunakan tali pinggang keledar sendiri.

 

KESALAHAN PENGGUNAAN CAR SEAT

Berikut adalah merupakan antaran kesalahan penngunaan car seat:

  1. Car Seat yang Tidak Bersesuaian dengan Kanak-kanak
  2. Tidak Membaca Buku Panduan car seat yang diberikan
  3. Pemakaian Tali Pinggang yang Longgar dan Tidak Betul
  4. Meletakkan Car Seat di Kerusi Penumpang Hadapan (Di Sebelah Pemandu)
  5. Tidak Berdisiplin Semasa Menggunakan Car Seat
  6. Menggantikan Aksesori Asal kepada Aksesori yang Lain
  7. Menggunakan Car Seat yang Usang

 

CARA PASANG CAR SEAT DENGAN BETUL

Untuk pemasangan car seat dengan betul, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pastikan berat dan tinggi anak terlebih dahulu
    • Pastikan car seat bersesuaian dengan keupayaan menahan berat anak. Bagi bayi yang baru lahir, gunakan tempat duduk kereta bayi khas yang direka untuk melindungi bayi.
  2. Pasang car seat dengan kedudukan yang betul
    • Letakkan di tempat duduk penumpang tengah, bukan di hadapan di sebelah pemandu.
    • Pasangkan dengan ketat sup[aya ianya dapat tahan hentakan. Anda boleh melaraskannya mengikut arahan untuk menggunakan tempat duduk kereta.
  3. Laraskan arah tempat duduk kereta
    • American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan agar bayi dan kanak-kanak kecil duduk di kerusi kereta menghadap ke belakang sehingga mereka mencapai had berat dan ketinggian maksimum.
  4. Letakkan anak di tempat duduk kereta
    • Jika kerusi kereta sudah siap, dudukkan anak di kerusi kereta. Pastikan kedudukan selesa, sama ada leher, tangan, kaki.
  5. Kunci dan kencangkan tali pinggang keledar
    • Tali pinggang keledar kereta mesti diikat dan dikunci dengan selamat sehingga anda mendengar bunyi klik. Tali pinggang keledar juga mesti sesuai dengan badan.

NOTA: Pastikan cara pasang car seat ni, seat belt tidak longgar, berpusing dari bahu, dada, hingga pinggang anak.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RUMAWIP) 2022

 

2 thoughts on “CARA PASANG CAR SEAT (Baru Anak Selamat & Selesa)”

Leave a Comment