CARA TAHNIK BAYI (Senarai Bahan Belah Mulut Anak)

CARA TAHNIK BAYI (Senarai Bahan Belah Mulut Anak)

TAHNIK BAYI

Keapda pasangan yang baru menerima cahaya mata khusunya umat Islam, semestinya akan membuat tahnik bayi semasa majlis cukur jambul dan doa selamat. Selalunya ianya akan dilakukan oleh imam atau mereka yang berpengalaman, tetapi sebenarnya ia juga boleh dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Disini kami akan kongsikan cara tahnik bayi, semoga membantu.

 

APA ITU TAHNIK BAYI

Tahnik bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya. Sunat mentahnik bayi dengan buah tamar sama ada bayi lelaki atau perempuan. Jika tidak ada tamar, gunakanlah sesuatu yang manis

 

WAKTU SESUAI TAHNIK BAYI

Waktu paling afdhal adalah selepas kelahiran dan setelah dibersihkan tubuh badan bayi. Orang yang afdal melakukan tahnik adalah orang soleh, ahli ibadah atau orang yang bertakwa. Namun boleh melewatkan amalan tahnik dan dituntut dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari selepas waktu kelahiran anak tersebut.

 

SENARAI BAHAN TAHNIK BAYI

Berikut adalah merupakan senarai bahan yang perlu disediakan:

  1. Manis – Gula batu, Buah Tamar/kurma atau madu atau kismis
  2. Air zamzam

 

CARA TAHNIK BAYI

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukannya:

  1. Mualakan dengan Istighfar
  2. Baca Al-Fatihah
  3. Baca Ayat Kursi
  4. Baca Selawat Syifa
  5. Baca Selawat Kamilah
  6. Baca 3 Qul
    • Surah al- Ikhlas ,
    • Surah al-alaq ,
    • Surah an-Nas,
  7. Ambik Kurma. Kunyah sehingga lembik.
  8. Ambik dengan jari (kebiasaan guna jari telunjuk), masuk dalam mulut bayi
  9. Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran
  10. Keluarkan jari dan suapkan sedikit air zam-zam
  11. Bacakan doa untuk anak tersebut
    • Contoh doa:
      • اللَّهُمَّ أَنْشَأَهُ نَشْأَةً صَالِحَةً وَأَحْيِهِ حَيَاةً طَيِّبَةً وَأَسْعِدْهُ سَعَادَةَ الْحُسْنَى وَاجْعَلْهُ بَرًّا بِوَالِدَيْهِ غَيْرَ عَاقٍ لَهُمَا وَاجْعَلْهُ مِنَ الصَّالِحِينَ الْعَارِفِينَ الْعَامِلِينَ وَأَكْفِهِ شَرَّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْنِ وَالْحَاسِدِينَ وَأَعِذْهُ عَن خَلْقِكَ أَجْمَعِينَ وَلاَتُحْوِجْهُ إِلاَّ لِوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَاغْفِرْ لِوَالِدَيْهِ وَالْحَاضِرِينَ أَجْمَعِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
    • Maksudnya :
      • Ya Allah hidupkanlah dia dengan kehidupan yang soleh dan baik, bahagiakanlah dia dengan kebahagian yang sempurna, jadikanlah dia anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, tidak menderhakai mereka berdua, jadikanlah dia tergolong di kalangan orang-orang yang soleh, berpengetahuan agama dan beramal. Selamatkanlah dia dari kejahatan panahan mata dan orang yang berdengki, jauhilah dia dari kejahatan semua makhluk-Mu, janganlah Engkau jadikan dia bergantung harap kepada orang lain selain bergantung harap kepada-Mu wahai Tuhan Yang Maha Bijaksana.. Ampunilah kedua ibu bapanya, dan semua yang hadir wahai Tuhan Penguasa Alam..

 

ARTIKEL LAIN

CARA PASANG CAR SEAT (Baru Anak Selamat & Selesa)

Leave a Comment