CARA MASUK NEGARA THAILAND TERKINI (Dokumen & Harga Border Pass)

CARA MASUK NEGARA THAILAND TERKINI (Dokumen & Harga Border Pass)

CARA MASUK THAILAND

Kini pintu masuk antarabangsa kini telah dibuka, semestinya ramai yang ingin melancong ke luar negera. Bagi negri yang bersempadan dengan Negara Thailand, sudah semestinya ingin mengetahui cara masuk terkini.

Bagi warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak boleh memasuki Thailand dengan hanya menggunakan borderr pass sahaja. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KADAR HARGA BORDER PASS KE THAILAND

  • RM10 selama 1 Tahun

Nota: Kelayakkan untuk memohon border pass adalah untuk warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis,Kedah,Kelantan dan Hulu Perak sahaja. Bagi berasal selain dari negeri di atas hendaklam membuat Passport antarabangsa.

 

KADAR INSURANS KENDERAAN KE THAILAND

Sekiranya anda membawa kenderaan sendiri untuk memasuki Thailan, anda dikehendaki membeli insurans terlebih dahulu:

  • Kadar insurans bergantung pada bilangan hari ( contoh 5 hari berharga RM28)
  • Borang white card RM2 (bagi satu orang)

 

CARA MASUK THAILAND

Pengembara atau pelancong yang ingin menggunakan pas sempadan ini perlu membuat permohonan menerusi laman portal Thailand Pass dalam tempoh 24 jam sebelum perjalanan ke negara itu. Sekiranya nda ingin memasuk ke Thailand kini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pastikan anda setkan line telefon anda kepada roaming atau beli sim kad Thailand kerana selepas check point malaysia anda akan melalui check point Thailand.
  2. Ini kerana anda perlukan line internet yang kuat untuk scan QRcode yang semasa check point thailand dan dikehendaki untuk register health declaration.
  3. Setelah selesai barulah border pass anda di cop untuk memasuki Thailand.
  4. Maximum untuk border pass 3 hari dan sampai Hatyai sahaja.

 

CARA DECLARE KENDERAAN KE THAILAND

Sekiranya anda ingin membawa masuk kenderaan anda ke Thailand, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kenderaan Sendiri – bawa geran kenderaan yang asal atau salinan.
  2. Kenderaan atas nama orang lain – pastikan bawa surat authorization dari owner kenderaan beserta salinan geran.

 

CARA MASUK THAILAND GUNA KENDERAAN SENDIRI

Berikut adalah panduan cara untuk memasuki Thailand dengan kenderaan sendiri:

  1. Beli insurans kenderaan
    • Boleh dibeli berhampiran sempadan
  2. Isi White Card
    • Satu kad untuk satu Nama sahaja. 1 White card berharga RM2
  3. Beli Insurans Pelancong (Setiap orang)
    • Insurans ini dikecualikan kepada pemegang Border Pass, tetapi diperlukan kepada pemegang Passport Malaysia
    • Insurans mestilah mempunyai perlindungan coverage sekurang-kurangnya 10,000USD
    • Boleh beli online di pelbagai pengeluar insurans seperti Tuneprotect, Etiqa, dan sebagainya.
    • Boleh juga beli dalam laman web Thailand Pass nanti.
  4. Daftar Thailand Travel Pass.
    • Thailand Pass ini dikecualikan kepada pemegang Border Pass, tetapi diperlukan kepada pemegang Passport Malaysia
    • Perlu mohon 48 jam sebelum pergi ke Thailand
    • Boleh lulus dalam masa lebih kurang 2 jam, akan terima email kod QR.
    • Pautan Thailan Pass: https://tp.consular.go.th/ 
  5. Cop Pasport di Imigresen Malaysia dan setelah selesai terus ke sempadan Thailand
  6. Isi borang TM 3 & TM 3 mengikut kenderaan di kaunter imigresen Thailand. Setelah isi, pulangkan di kaunter dan buat pembayaran RM10.
  7. Scan QRCode untuk Health Declaration Thailand – pastikan mempuntai internet yang kuat, sebaiknya beli sim Thailand
  8. Cop Passport di imigresen Tahiland
  9. Pergi ke bahagian kastam untuk serahkan declaration form kenderaan.
  10. Selesai. Boleh bergerak ke destinasi yang dituju di Thailand

 

CARA MASUK THAILAND GUNA KAPAL TERBANG

Berikut adalah panduan cara untuk memasuki Thailand dengan menggunakan kapal terbang:

  1. Pastikan anda membeli tiket kapal terbang terlebih dahulu
  2. Beli insurans pelancongan setiap seorang.
    • Diperlukan kepada pemegang Passport Malaysia sahaja
    • Insurans mestilah mempunyai perlindungan coverage sekurang-kurangnya 10,000USD
    • Boleh beli online di pelbagai pengeluar insurans seperti Tuneprotect, Etiqa, dan sebagainya.
    • Boleh juga beli dalam laman web Thailand Pass nanti.
  3. Daftar Thailand Travel Pass.
    • Diperlukan kepada pemegang Passport Malaysia sahaja
    • Perlu mohon 48 jam sebelum pergi ke Thailand
    • Boleh lulus dalam masa lebih kurang 2 jam, akan terima email kod QR.
    • Pautan Thailan Pass: https://tp.consular.go.th/ 
    • Antara maklumat yang perlu diisi:
      • Maklumat diri
      • Maklumat Passport
      • Maklumat vaksin (lengkap vaksin)
      • maklumat insurans
      • maklumat alamat hotel / rumah di Thailand
      • Perlu mohon setiap seorang sendiri bagi satu kali permohonan (kecuali anak-anak di bawah permohonan ibu bapa)
  4.  Sediakan dokumen seperti berikut:
    • Thailand pass
    • Insurans
    • Sijil Vaksin
    • Form (akan diberikan dalam kapal terbang)
  5. Sampai di Lapangan Terbang Thailand, tujuk kod QR Thailand Pass
  6. Pergi ke kaunter imigresen Thailand, cop passport, imbas cap jari dan pass arrival card.
  7. Selesai

 

CARA MASUK THAILAND GUNA KERETA API

Berikut adalah panduan cara untuk memasuki Thailand dengan menggunakan kereta api:

  1. Pastikan anda membeli tiket kereta api KTMB sehingga sempadan Thailand terlebih dahulu
  2. Beli insurans pelancongan setiap seorang.
    • Diperlukan kepada pemegang Passport Malaysia sahaja
    • Insurans mestilah mempunyai perlindungan coverage sekurang-kurangnya 10,000USD
    • Boleh beli online di pelbagai pengeluar insurans seperti Tuneprotect, Etiqa, dan sebagainya.
    • Boleh juga beli dalam laman web Thailand Pass nanti.
  3. Daftar Thailand Travel Pass.
    • Diperlukan kepada pemegang Passport Malaysia sahaja
    • Perlu mohon 48 jam sebelum pergi ke Thailand
    • Boleh lulus dalam masa lebih kurang 2 jam, akan terima email kod QR.
    • Pautan Thailan Pass: https://tp.consular.go.th/ 
  4. Tiba di Imigresen Malaysia, tunjukkan pasport / border pass dan status vaksin di dalam MySejahtera
  5. Selepas itu boleh berjalan kaki ke Imigresen Thailand dan Isi Borang Putih (white card)
  6. Tunjukkan Thailand Pass dan status vaksin.
  7. Pergi ke stesen Kereta Api Thailand dan Selesai.

 

PERATURAN BARU KEMASUAKN KE THAILAND MULAI 1 JULAI

Berita gembira kepada yang ingin melancong ke Thailand, mulai 1 Julai 2022 terdapat peraturan baru yang lebih baik iaitu:

  1. Pengembara yang ingin ke Thailand lagi membuat pendaftaran pra-ketibaan
  2. Pengembara juga tidak perlu membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu
  3. Pengembara asing masih perlu menunjukkan bukti mereka sudah divaksin atau menunjukkan keputusan ujian COVID-19 negatif bagi yang tidak atau belum lengkap divaksin.

 

ARTIKEL LAIN

CARA RENTAS SEMPADAN SINGAPURA MALAYSIA TERKINI (Keluar & Masuk)

7 thoughts on “CARA MASUK NEGARA THAILAND TERKINI (Dokumen & Harga Border Pass)”

Leave a Comment