CARA MASUK NEGARA SINGAPURA TERKINI (Berapa Kos & Guna Kenderaan)

CARA MASUK NEGARA SINGAPURA TERKINI (Berapa Kos & Guna Kenderaan)

CARA MASUK SINGAPURA

Seperti yang diketahui, bermula pada 1 April 2022 adalah pembukaan semula rentas sempadan Singapura – Malaysia yang akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk kembali bekerja di negara republik itu dan juga kepada pengembara bagi merentas sempadan.

Tetapi untuk merentas sempadan ini, Kerajaan ada mengumumkan protokol khas yang perlu dipatuhi. Disini kami akan kongsilkan cara masuk negara Singapura, semoga membantu.

 

KELEBIHAN RENTAS SEMPADAN

Dunia hari ini lebih terhubung. Sejajar kemajuan teknologi, semakin kurang halangan antara orang, negara dan perniagaan bersama. Ini mewujudkan peluang. Semakin ramai orang membeli produk dalam talian dari serata dunia, perniagaan mempunyai lebih cara baharu untuk mendapatkan pelanggan.

Merentas sempadan bermakna mendapatkan tempat baharu untuk berniaga dalam negara lain. Ia merupakan cara untuk berhubung dengan orang di seluruh dunia dan menukar mereka menjadi pelanggan.

 

PANDUAN MERENTAS SEMPADAN SINGAPURA-MALAYSIA (DUA HALA)

Berikut adalah merupakan sedikit maklumat mengenai pembukaan sempandan darat antara Singapura dan Malaysia:

  1. Sempadan darat Malaysia-Singapura buka 1 April
  2. Ttiada lagi kuarantin dan ujian saringan
  3. Para pelawat yang sudah lengkap divaksin akan dibenarkan merentas sempadan darat untuk memasuki Singapura dan Malaysia dengan menggunakan pengangkutan persendirian.
  4. Pelawat merentas negeri boleh memandu kenderaan mereka melalui Koswe dan Linkedua buat julung kalinya dalam masa dua tahun.
  5. Tiada kuota dikenakan bagi semua bentuk pengangkutan dan pusat-pusat pemeriksaan darat akan dibuka 24 jam setiap hari.

 

CARA RANTAS SEMPADAN DARI SINGAPURA KE MALAYSIA

Sekiranya anda ingin merentas sempada dari Singapura ke Malaysia, pastikan anda mematuhi protokol yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Pasport yang sah.
  2. Mempunyai Aplikasi MySejahtera.
  3. Lengkap 3 dos bagi mereka yang mengambil vaksin Sinovac dan Sinopharm.
  4. Pelawat perlu mempunyai insurans perjalanan untuk kos rawatan dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19 dengan perlindungan US$20,000.
  5. Kenderaan berdafter Singapura dikehendaki membayar caj jalan (RC) sebanyak RM20 (s$6.40).
  6. Pastikan kad Touch ‘N’ Go sah dan mempunyai baki yang mencukupi.

 

CARA RANTAS SEMPADAN DARI MALAYSIA KE SINGAPURA

Sekiranya anda ingin tahu cara masuk ke Singapura, pastikan anda mematuhi protokol yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Pasport yang sah.
  2. Mempunyai aplikasi TraceTogether.
  3. Mengisi kad ketibaan Singapura (SG) tiga hari sebelum tiba di pusat pemeriksaan.
  4. Lengkap tempoh dos minimum sekurang-kurangnya dua minggu.
  5. Mempunyai kad VEP/Autopass yang sah dan emel kelulusan Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA).
  6. Kad ketibaan SG, bersama dengan pengisytiharaan kesihatan elektronik.

 

CARA MASUK SINGAPURA GUNA PERKHIDMATAN SHUTTLE TEBRAU KE WOODLANDS

Kini anda boleh menggunakan perkhdimatan Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Stesen Woodland, Singapura

Tarikh beroperasi Shuttle Tebrau

  • Bermula pada 19 Jun 2020 selepas digantung sejak 24 Mac 2020 ekoran pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan antarabangsa.

Tempoh operasi Perkhidmatan Shuttle Tebrau

  • Sebanyak 31 perkhidmatan yang beroperasi setiap hari dari JB Sentral -Woodlands-JB Sentral membabitkan 18 perkhidmatan dari JB Sentral ke Woodlands manakala 13 lagi perkhidmatan dari Woodlands ke JB Sentral.

Bilangan Kapasiti & Tempoh Perjalanan Shuttle Tebrau

  • Maksimum kapasiti bagi setiap trip adalah 320 penumpang dan kekerapan perkhidmatan tren adalah 30 minit.

Harga Tiket Shuttle Tebrau

  • Perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 seorang
  • Perjalanan dari Woodlands ke JB Sentral adalah SGD 5.00 (RM15.86) seorang

 

ARTIKEL LAIN

CARA REGISTER BONUSLINK (Semak Bonus Online)

3 thoughts on “CARA MASUK NEGARA SINGAPURA TERKINI (Berapa Kos & Guna Kenderaan)”

Leave a Comment