CARA REPAIR KIPAS ANGIN (DIY Baiki Tak Boleh Pusing & Bising)

CARA REPAIR KIPAS ANGIN (DIY Baiki Tak Boleh Pusing & Bising)

CARA REPAIR KIPAS ANGIN

Adakah kipas anda tidak boleh berpusing atau bunyi bising? Sekiranya anda berminatkan untuk mebaiki sendiri kipas tersebut tanpa bantuan orang lain sebagai cara menjimatkan kos, di sini kami akan kongsikan DIY cara repair kipas angin pelbagai jenama, semoga membantu.

 

MASALAH KIPAS ANGIN TERJADi

Berikut adalah merupakan antara masalah yabg sering terjadi pada kipas angin:

  • Kipas selalunya lambat mencapai kelajuan pusingan/angin.
  • Kipas Angin Tidak Berpusing
  • Kipas berbunyi bising
  • Pusinggan kipas tersangkut-sangut.

 

JENIS KEROSAKAN PADA KIPAS

Terdapat 3 keadaan yang mana akan menyebabkan kipas anda terjadinya masalah iaitu:

  • Kerosakan pada Kapasitor
  • Kerosakan Thermal Fuse Blow
  • Kerosakan motor

 

CARA REPAIR KIPAS ANGIN TAK BERPUSING

  1. Periksa dahulu kondisi motor kipas sama ada ia berpusing dengan normal atau terasa ketat ketika pusing menggunakan tangan. Jika dapati ia ketat maka itu bukanlah masalah dari kapasitor kipas tapi jika sebaliknya maka perlulah tukar kapasitor.
  2. Tukar kapasitor mengikut tahap keupayaan kipas atau menggunakan kapasitor yang sama siaz pada kipas asal.
  3. Kepada yang belum tahu kapasitor kipas mempunyai tahap kekuatan berbeza iaitu 1.5uF, 2.0uF, 2.5uF, 3.5uF. semakin tinggi uf semakin laju kipas berpusing tetapi akan menyebabbkan kerosakkan pada motor kipas. Sebaiknya cari uf yang bersesuaian.

 

CARA REPAIR KIPAS ANGIN BISING

  1. Kebiasaan kipas mengeluarkan bunyi bising adalah disebakan masalah pada beraring kipas.
  2. Pastikan tutup suis kipas terlebih dahulu dan cabut semua wire elektrik yang bersambung dengan supplier
  3. Buka bilah kipas untuk memudahkan anda
  4. Kemudian letakkan sedikit minyak pelincir di tengah-tengah bearing kipas dan terbalikkan supaya minyak jadi rata.
  5. Seterusnya anda kena pusingkan bahagian kepala kipas tersebut hingga ia hilang bunyi bising.
  6. Lap lebihan minyak sebelum anda pasang semula kipas.
  7. Selesai

 

CARA REPAIR KIPAS ANGIN PERLAHAN

  1. Periksa dahulu kondisi motor kipas sama ada ia berpusing dengan normal atau terasa ketat ketika pusing menggunakan tangan. Jika dapati ia ketat maka itu bukanlah masalah dari kapasitor kipas tapi jika sebaliknya maka perlulah tukar kapasitor.
  2. Tukar kapasitor mengikut tahap keupayaan kipas atau menggunakan kapasitor yang sama siaz pada kipas asal.
  3. Kepada yang belum tahu kapasitor kipas mempunyai tahap kekuatan berbeza iaitu 1.5uF, 2.0uF, 2.5uF, 3.5uF. semakin tinggi uf semakin laju kipas berpusing tetapi akan menyebabbkan kerosakkan pada motor kipas. Sebaiknya cari uf yang bersesuaian.

 

ARTIKEL LAIN

Aircond Kereta Tak Sejuk (Cara DIY Repair Murah & Senang)

Leave a Comment