PERMOHONAN GO DIGITAL SARAWAK 2023(Geran Pendigitalan Perniagaan PKS)

PERMOHONAN GO DIGITAL SARAWAK (Geran Pendigitalan Perniagaan PKS)

GO DIGITAL SARAWAK

Melalui Bantuan Khas Sarawakku Sarawak (BKSS) 5.0, kerajaan negeri Sarawak telah mengumumkan satu inisiatif yang dikenali Go Digital Sarawak. Inisiatif ini diberikan kepada Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Sarawak supaya beralih kepada pendigitalan. Disni kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU GO DIGITAL SARAWAK

Go Digital Sarawak merupakan geran khas pendigitalan khusus kepada perniagaan PKS. Tujuan geran ini diwujudkan adalah untuk memperkasakan PKS dalam mendigitalkan perniagaan mereka selain membantu memulihkan perniagaan mereka daripada pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan perniagaan mereka.

 

SYARAT KELAYAKAN GO DIGITAL SARAWAK

Syarat kelayakan utama pemohon yang ingin memohon geran ini adalah mereka mestilah pemilik PKS yang berdaftar melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Ordinan Lesen Perniagaan 1948/Akta Koperasi 1993/Permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

TARIKH PERMOHONAN GO DIGITAL SARAWAK

Permohon yang berminat boleh membuat permohonan bermula 4 April sehingga 4 Mei 2022 secara atas talian.

 

PERALATAN BOLEH DIPOHON

Berikut adalaha merupakan peralatan yang boleh dipohon mengikut katagori:

Kedai runcit/perkakasan

·         Komputer

·         Tablet

·         Sistem ePOS

·         Simpanan Data

 

Fotografi/videografi

·         Komputer

·         Kamera

·         Dron

·         Tablet

·         Simpanan Data

F&B/Café/Restoran

·         Komputer

·         Sistem ePOS

·         Kamera

·         Tablet

Kandungan kreatif

·         Komputer

·         Kamera

·         Tablet

·         Tablet Melukis

·         Simpanan Data

Inovasi/pendidikan STEM

·         Komputer

·         Kamera

·         Dron

·         Tablet

·         Simpanan Data

Reka bentuk grafik

·         Komputer

·         Kamera

·         Monitor

·         Tablet

·         Tablet Melukis

·         Simpanan Data

Kedai roti

·         Komputer

·         Kamera

·         Tablet

·         Sistem ePOS

·         Simpanan Data

Perniagaan dalam talian/e-dagang

·         Komputer

·         Kamera

·         Tablet

·         Simpanan Data

Sektor pertanian

·         Komputer

·         Kamera

·         Dron

Pengurusan acara/perancang perkahwinan

·         Komputer

·         Kamera

·         Dron

·         Tablet

·         Simpanan Data

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut untuk dimuat naik semasa permohonan:

  • Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Ekstrak Nama Perniagaan
  • Lesen Perniagaan
  • Borang 9 (jika ada)

 

CARA PERMOHONAN GO DIGITAL SARAWAK

Berikut adalah merupakan cara permohonan bagi yang berkelayakan:

  1. Layari website Go Digital
  2. Pada bahagian Register Here, masukkan maklumat pemohon dan klik butang Register/Daftar
  3. Semak email dan klik link yang diberikan untuk mengesahkan pendaftaran.
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Pergi ke bahagian katalog dan klik Apply/Mohon bagi peralatan yang ingin dipohon.
  6. Semak My Basket dan klik butang Proceed to Application
  7. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  8. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  9. Seterusnya Hantar permohonan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Go Digital Sarawak, anda boleh berhubung melalui email ke alamat [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

GETS 4.0 2022 (Permohonan Latihan Industri Untuk Graduan Anak Sarawak)

1 thought on “PERMOHONAN GO DIGITAL SARAWAK 2023(Geran Pendigitalan Perniagaan PKS)”

Leave a Comment