PERMOHONAN BANTUAN SME CORP USAHAWAN SABAH SARAWAK
Terkini Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah memperkenalkan skim khas usahawan SME Corp bagi membantu usahawan di Sabah dan Sarawak. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, Semoga membantu
KENALI SME CORP
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan. Ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PMKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PMKS dan usahawan di seluruh negara.
PERANAN DAN FUNGSI SME CORP
Berikut adalah merupakan peranan dan fungsi SME CORP iaitu:
- Pusat pengumpulan dan rujukan sehenti untuk maklumat dan khidmat nasihat PMKS
- Penyelarasan program pembangunan PMKS
- Penilaian ekonomi PMKS
- Pelaksanaan akreditasi PMKS
- Pelaksanaan program pembangunan dan sokongan perniagaan
- Fasilitasi akses PMKS ke pasaran domestik dan antarabangsa
APA ITU SKIM KHAS USAHAWAN SME CORP
Skim khas ini merupakan pendekatan kementerian selepas mengadakan libat urus dengan usahawan, koperasi dan pemegang taruh yang sememangnya ada keperluan untuk diperkenalkan skim terbabit kepada usahawan di dua negeri berkenaan.
Usahawan di Sabah dan Sarawak berhadapan dengan cabaran yang berbeza dengan di Semenanjung seperti logistik dan hebahan maklumat. Selain itu mereka juga berhadapan infrastruktur dan capaian internet yang semuanya memerlukan bantuan khas supaya tidak lagi timbul persepsi keluhan mengatakan Kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan dan perkhidmatan yang sewajarnya kepada mereka.
TARIKH PELANCARAN SKIM KHAS USAHAWAN SME CORP
KUSKOP akan melancarkan skim khas usahawan SME Corp pada 6 Mei 2023
SYARAT KELAYAKAN SKIM KHAS USAHAWAN SME CORP
Syarat kelayakan akan dikemaskini kemdian selepas skim khas SME Corp dilancarkan
KADAR BANTUAN SKIM KHAS USAHAWAN SME CORP
Bagi skim khas SME Corp ini jumlah bantuan akan diumumkan selepas ia dilancarkan
CARA PERMOHONAN SKIM KHAS USAHAWAN SME CORP
Cara permohonan skim khas ini akan dikemaskini kemudian selepas ianya dilancarkan pada 6 Mei 2023
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Khas Usahawan SME Corp usahawan Sabah Sarawak ini, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
ARTIKEL BERKAITAN:
- PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SABAH MUIS (Semakan Status appszakat. sabah. gov. my)
- KADAR BAYAR FIDYAH SETIAP NEGERI SELURUH MALAYSIA 2023
- PERMOHONAN GO DIGITAL SARAWAK 2023 (Geran Pendigitalan Perniagaan PKS)