PERMOHONAN BANTUAN GERAN SME CORP (BEEP 2.0) 2023
Kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), kini Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) juga telah memperkenalkan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan Geran Sme Corp, semoga membantu.
APA ITU BEEP
Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) merupakan satu program khusus bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu dengan pendekatan bimbingan, termasuk memperkukuhkan teras perniagaan PKS; membina kapasiti dan keupayaan; meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan
SYARAT KELAYAKAN BEEP
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Perakuan status PMKS
- Syarikat bersaiz mikro*, kecil & sederhana sahaja
- 60% ekuiti syarikat adalah milikan Bumiputera
- Beroperasi di premis perniagaan yang sah
- Beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
- Telah menjalani penilaian SCORE
- Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal
*Merujuk kepada syarikat mikro berpotensi tinggi seperti berikut:
- Telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya 12 bulan
- Jualan tahunan melebihi RM250,000
- Beroperasi di premis perniagaan yang sah
JENIS BANTUAN PEMBIAYAAN BEEP
Berikut adalah merupakan jenis bantuan pembiayaan yang disediakan:
- Produktiviti dan Automasi
- Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT
- Peningkatan Pembungkusan Produk
- Pembangunan Penjenamaan dan Promosi
- Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)
- Pembangunan dan Inovasi Produk
- Penyenaraian di pasaran LEAP
DOKUMEN SOKONGAN PEMBIAYAAN BEEP
Pastikan anda sediakan dokumen sokongan bagi projek dipohon seperti berikut terlebih dahulu:
- Persijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti
- Peningkatan Pembungkusan Produk
- Pembangunan dan Inovasi Produk
- Pembangunan Penjenamaan dan Promosi
- Produktiviti dan Automasi
- Aplikasi Dalam Talian, E-Dagang, E-Pembayaran & Aplikasi ICT
- Permulaan Perniagaan
- Pengubahsuaian Premis Perniagaan
CARA PERMOHONAN BEEP
Untuk memohon, sila tempah sesi konsultansi bersama pegawai kami di Platform Meetme melalui portal myAssistMSME bagi membincangkan cadangan pengembangan perniagaan anda di bawah Program BEEP
KADAR BAYARAN PROSES PERMOHONAN PEMBIAYAAN BEEP
Bermula tahun 2023, fi pemprosesan akan dikenakan kepada permohonan baharu seperti berikut:
- RM500 untuk PKS Kecil dan Sederhana
- RM300 untuk PKS Mikro
SOALAN LAZIM (FAQ) GERAN SME CORP BEEP
Bagi mendapatkan soalan lazim mengenai Geran SME Corp ini, anda boleh melayari pautan di bawah
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran SME Corp ini, sila layari website rasmi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) di pautan
ARTIKEL LAIN
- PERMOHONAN TUBE PEMERKASA (Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera)
- PERMOHONAN BANTUAN SME CORP USAHAWAN SABAH SARAWAK
1 thought on “PERMOHONAN BANTUAN GERAN SME CORP (BEEP 2.0) 2023”