PERMOHONAN BANTUAN USAHAWAN PMKS 2024

PERMOHONAN BANTUAN USAHAWAN PMKS 

BANTUAN USAHAWAN PMKS

Kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS), kini Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah memperkenalkan pembiayaan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) juga telah memperkenalkan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

JENIS BANTUAN USAHAWAN PMKS

Berikut adalah merupakan jenis bantuan yang tersedia kepada PKMS:

  1. Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM)
  2. Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP)

 

SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL DAN MIKRO (SPIM)

Berikut adalah maklumat berkaitan SPIM:

APA ITU SPIM

Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) adalah skim bagi membantu usahawan informal dan mikro untuk memulih dan memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir.

KADAR PEMBIAYAAN SPIM

Skim ini yang menawarkan pembiayaan pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)

SYARAT KELAYAKAN SPIM

  • Warganegara Malaysia;
  • Bumiputera dan Masyarakat India;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak; dan
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan;
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.
  • Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) ialah skim bagi. Ia disalurkan menerusi TEKUN Nasional menawarkan nilai pembiayaan sehingga RM10,000 tanpa caj keuntungan dan moratorium selama 12 bulan.

CARA PERMOHONAN SPIM ( BANTUAN PMKS )

  1. Pemohohanan dibuka
  2. Untuk maklumat lanjut SPIM dan cara permohonan, sila rujuk kepada Soalan Lazim SPIM 
  3. Untuk membuat permohonan, anda boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran Senarai lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari DI SINI 

 

PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA (BEEP)

 

APA ITU BEEP

Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) adalah satu program khusus bertujuan untuk mewujud dan membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu dengan pendekatan bimbingan.

 

SYARAT KELAYAKAN BEEP

  • Perakuan status PKS dan memenuhi definisi PKS
  • 60% ekuiti syarikat milikan Bumiputera
  • Beroperasi di premis perniagaan yang sah
  • Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan
  • Menjalani penilaian SCORE / M-CORE

 

PAKEJ BANTUAN PEMBIAYAAN BEEP

  • Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
  • Peningkatan Pembungkusan Produk;
  • Pembangunan dan Inovasi Produk;
  • Produktiviti dan Automasi;
  • Pembangunan Penjenamaan dan Promosi; dan
  • Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT.

 

CARA PERMOHONAN BEEP ( BANTUAN PMKS )

  • Kuala Lumpur & Selangor:
  • Negeri:
    • Hantar borang permohonan ke Pejabat Negeri SME Corp. Malaysia berdasarkan lokasi perniagaan

Leave a Comment