PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA (BEEP) SME CORP 2022
Kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), kini Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) juga telah memperkenalkan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan Bantuan Sme Corp, semoga membantu.
APA ITU BEEP
Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) merupakan satu program khusus bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu dengan pendekatan bimbingan, termasuk memperkukuhkan teras perniagaan PKS; membina kapasiti dan keupayaan; meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan
SYARAT KELAYAKAN BEEP
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Perakuan status PKS dan memenuhi definisi PKS
- 60% ekuiti syarikat milikan Bumiputera
- Beroperasi di premis perniagaan yang sah
- Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan
- Menjalani penilaian SCORE / M-CORE
JENIS BANTUAN PEMBIAYAAN BEEP
Berikut adalah merupakan jenis bantuan pembiayaan yang disediakan:
- Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
- Peningkatan Pembungkusan Produk;
- Pembangunan dan Inovasi Produk;
- Produktiviti dan Automasi;
- Pembangunan Penjenamaan dan Promosi; dan
- Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT.
DOKUMEN SOKONGAN PEMBIAYAAN BEEP
Pastikan anda sediakan dokumen sokongan bagi projek dipohon seperti berikut terlebih dahulu:
- Persijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti
- Peningkatan Pembungkusan Produk
- Pembangunan dan Inovasi Produk
- Pembangunan Penjenamaan dan Promosi
- Produktiviti dan Automasi
- Aplikasi Dalam Talian, E-Dagang, E-Pembayaran & Aplikasi ICT
- Permulaan Perniagaan
- Pengubahsuaian Premis Perniagaan
CARA PERMOHONAN BEEP
Kepada PKMS yang berkelayakan boleh membuat permohonan bantuan ini dengan cara seperti berikut:
- Muat turun borang Permohonan Program Peningkatan Enterprise Bumiputera
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan dengan lengkap dan tepat. Pastikan ditandatangani oleh Pengarah Urusan / Pemilik Syarikat.
- Hantarkan dokumen yang lengkap ke:
- Kuala Lumpur & Selangor: Ibu Pejabat SME Corp. Malaysia
- Negeri-Negeri Lain: Pejabat Negeri SME Corp. Malaysia berdasarkan lokasi perniagaan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan SME Corp ini, sila layari website rasmi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) di pautan https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN TUBE PEMERKASA 2022 (Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera)
1 thought on “PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA (BEEP) SME CORP 2022”