PERMOHONAN TUBE(Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera)

PERMOHONAN TUBE(Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera)

TUBE

Terkini SME Corp menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) 2023 telah memperkenalkan satu program kepada  uahawan belia Bumiputera untuk mendapatkan latihan dan geran di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU TUBE

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Ia tercetus sewaktu Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada 27 – 29 Mac 2014. Semasa Majlis Penutup Kongres pada 29 Mac 2014, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan Program Tunas Usahawan Bumiputera pada tahun 2014.

Objektf pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

  • Memupuk dan menanam semangat keusahawanan dalam kalangan belia.
  • Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan.
  • Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri.

 

SYARAT KELAYAKAN TUBE9.0

Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 – 30 TAHUN ;
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran / Sijil Teknikal (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran dan mempunyai minat mendalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya ;
  3. Sekiranya pemohon telah mendaftar perniagaan, pendaftaran hendaklah kurang dari 12 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian
    • Hanya mengambilkira pendaftaran perniagaan kali pertama. Sekiranya pembaharuan pendaftaran atau pendaftaran kali kedua, maka tarikh perdaftaran baharu/ kali kedua tersebut tidak diambil kira.
    • Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang dari 12 bulan. Surat pengesahan tamat pengajian dari institusi pengajian mestilah dimuatnaik semasa pendaftaran dalam talian.
  4. Sihat tubuh badan/ tidak hamil dan komited untuk mengikuti latihan secara dalam talian (8.00 pagi hingga 5.00 petang).
  5. Pemohon hendaklah;
    • tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah;
    • tidak pernah diisytiharkan muflis dan
    • Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon.
  6. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia. Definisi keluarga terdekat adalah seperti berikut:
    • Isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    • Adik atau abang atau kakak pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    • Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    • Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    • Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan b
    • Bapa saudara, emak saudara atau sepupu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    • Menantu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
  7. Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik
    • hanya salah seorang sahaja yang layak / boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.
    • hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  8. Pemohon tidak bekerja
    • Pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; atau
    • Pekerjaan sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara; atau
    • Bagi pekerja sambilan yang terpilih, beliau perlu berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjalankan perniagaan.
  9. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 8.0, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA dan TUBE@PEMERKASA).
  10. Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program TUBE yang disertai adalah tidak lagi layak memohon.
  11. Bagi pemohon yang merupakan pelajar institut pengajian tinggi semester akhir di tahun akhir pengajian
    • sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon dikehendaki untuk TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 3 program ini; dan
    • pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE 9.0 dijalankan kelak.

 

JENIS BANTUAN TUBE

Peserta yang layak menyertai Program ini akan menerima bantuan seperti berikut:

  1. Latihan asas untuk menjalankan perniagaan
  2. Layak dipertimbangkan Geran Memulakan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
  3. Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui Buddy System oleh Kaunselor Perniagaan selama 12 bulan. Selepas tamat tempoh pemantauan, adalah diharapkan syarikat telah mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan boleh mengendalikan perniagaan secara lebih efektif dan cekap; dan
  4. Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank untuk memperkembangkan perniagaan yang dijalankan

 

TARIKH PERMOHONAN TUBE

Permohonan pendaftaran boleh dibuat mulai 7 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2023 secara atas talian.

 

KOMPONEN PROGRAM TUBE9.0

Terdapat tiga (3) komponen :

  1. Latihan : Dilaksanakan secara dalam talian selama 10 hari
    • Latihan memberi fokus pada modul-modul berkaitan pembangunan perniagaan, pemasaran & pengurusan kewangan iaitu selaras dengan situasi semasa.
  2. Bantuan Geran Perniagaan : Usahawan belia yang melepasi layak akan dipertimbangkan geran permulaan sehingga maksimum RM15,000.00.
  3. Khidmat nasihat dan Pemantauan : Dibantu oleh Kaunselor Perniagaan bagi menyokong perniagaan yang baharu bermula tersebut sehingga maksimum 12 bulan. Usahawan belia memilih untuk tidak meneruskan perniagaan selepas menerima geran, maka peserta perlu memulangkan semula jumlah geran yang telah diterima.

 

FASA PELAKSANAAN TUBE

Terdapat 2 fasa pelaksanaan program ini iaitu:

  1. Fasa Pertama
    • Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi serta ancaman pandemik yang telah melanda, latihan kepada para peserta kini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform khas yang dipilih.
    • Peserta akan didedahkan dengan lanskap perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai acumen perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan (RP) atau business plan.
    • Latihan secara dalam talian ini juga secara tidak langsung membantu para peserta lebih memahami aktiviti perniagaan dalam talian yang memerlukan peserta untuk meningkatkan aspek pendigitalan dalam perniagaan agar dapat melaksanakan perniagaan mereka dengan lebih pantas dan efisien, serta lebih memahami cara dan kaedah untuk meneroka strategi baru perniagaan melalui penerapan e-dagang.
  2. Fasa Kedua
    • Peserta yang berjaya menamatkan Fasa 1 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 1. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia.
    • Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.

 

PANDUAN PERMOHONAN TUBE

Berikut adalah merupakan panduan penting bagi permohonan ini iaitu:

  1. Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) serta kriteria kelayakan permohonan sebelum mengemukakan permohonan.
  2. Permohonan dalam talian akan dibuka mulai 7 sehingga 31 Mei 2023 sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
  3. Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
  4. Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
  5. Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang “Sah & Hantar”
  6. Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang “Sah & Hantar”.
  7. Pemohon diwajibkan untuk mencetak makluman penerimaan permohonan untuk simpanan dan rujukan pada masa akan datang.
  8. Pemohon hendaklah MEMENUHI SEMUA kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa :-
    • pemohon tidak memenuhi salah satu / mana-mana kriteria dinyatakan, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan;
    • pemohon mengemukakan maklumat tidak benar atau palsu, permohonan akan DIBATALKAN serta merta
  9. Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

 

CARA PERMOHONAN TUBE

Kepada usahawan belia yang berminat dan memenuhi syarat, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan permohonan TUBE
  2. Pada menu uatam, klik pada Pendaftaran ID.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul dan klik Daftar.
  4. Log masuk kembali dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan
  5. Buat permohonan dengan mengikuti arahan yang diberikan.
  6. Setelah lengkap diisi, hantar permohonan anda.
  7. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai program TUBE PEMERKASA 2023, anda boleh melayari laman website rasmi SMECorp

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BSN MICRO/i SEMARAKNIAGA ONLINE

1 thought on “PERMOHONAN TUBE(Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera)”

Leave a Comment