PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN NEGERI SEHINGGA RM350

PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN NEGERI SEHINGGA RM350

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Kepada individu/ keluarga yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan tidak berkemampuan, kini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada membuka permohonan Bantuan Am Persekutuan. Kepada yang berkelayakan boleh membuat permohonan bantuan khas ini. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Bantuan Am Persekutuan ini disediakan oleh pihak JKM adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian individu/ keluarga yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi membuat permohonan bantuan khas ini:

  1. Pemohon seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.
  3. Tergolong daripada yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

 

KADAR BAYARAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Untuk makluman kadar bantuan khas ini dibayar sehingga RM350 sebulan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan:

  • Minimum- RM100
  • Maksimum- RM350

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen sokongan seperti berikut untuk dihantar ke pejabat JKM berhampiran anda beserta dengan borang permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon (depan)
  • Salinan kad pengenalan pemohon (belakang)
  • Salinan kad pengenalan/ mykid/ sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja
  • Salinan kad oku/ slip pendaftaran sementara (bagi pemohon oku)
  • Salinan sijil kematian/ perceraian (jika berkaitan)
  • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/ surat akuan
  • Laporan dari agensi lain yang berkaitan (aadk/ polis/ penjara) (jika berkaitan)
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon/ astro, dll (bagi pengesahan alamat)
  • Kertas cadangan projek dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan geran
  • Pengesahan rawatan/ surat sokongan/ syor daripada doktor/ pakar perubatan dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan alat tiruan/sokongan)

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Kepada pemohon yang berkelaykaan dan ingin membuat permohonan, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan permohonan eBantuan JKM https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
  2. Klik pada Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Pilih Negeri anda berada
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkapkan
  5. Hantarkan borang permohonan beserta dokumen sokongan yang diperlukan ke pejabat JKM berhampiran anda

NOTA: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM

Berikut adalah merupakan borang permohonan bantuan:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan am persekutuan, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2022

Leave a Comment