PERMOHONAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM
Sebagai salah satu inisiatif kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertujuan untuk membantu pelanggan dalam proses pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian ke arah kehidupan yang lebih berdikari, skim Bantuan Latihan Perantis BLP JKM telah diperkenalkan.
Bagaimana cara untuk membuat permohonan BLP? Disini kami kongsika caranya, semoga membantu.
APA ITU BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)
Skim Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini diwujudkan bagi membantu klien Jabatan terutamanya anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, menganggur / tidak bekerja serta bekas pelatih Institusi Kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
KADAR BAYARAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS
- RM200 sebulan diberikan kepada Individu yang berkelayakan untuk menyertai program BLP
TEMPOH BANTUAN LATIHAN PERANTIS
- Tempoh latihan maksima adalah sehingga 24 bulan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS
Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan BLP ini haruslah menepati syarta-syarat yang ditetapkan seperti:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan
- Kes-kes seliaan
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah emrupakan antara dokumen sokongan yang diperlukan:
- Salinan MyKad atau kad pengenalan pemohon
- Salinan MyKad atau kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Kad OKU atau slip pendaftaran sementara OKU (sekiranya pemohon seorang OKU)
- Salinan slip gaji / penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
- Salah satu bil utiliti samada bil air / elektrik / telefon / Astro
- Laporan perubatan dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan / swasta (sekiranya OKU sedang terlantar sakit / kronik / alat tiruan / tidak bekerja
CARA PERMOHONAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS
Anda boleh membuat pendaftaran secara online secara dalam talian melalui sistem eJKM. Berikut merupakan cara membuat permohonan BLP 2022:
- Layari portal rasmi sistem eJKM di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian dan klik butang Daftar Permohonan
- Pilih Negeri berkenaan dan masukkan nombor kad pengenalan baru
- Klik butang Daftar
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap
- Pendaftaran akaun anda telah selesai
- Muat turun borang:
- Cetak dan hantar borang permohonan serta borang kemaskini maklumat ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah sama seperti yang telah dimohon dalam sistem dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat
- Sistem akan membatalkan permohonan dalam talian secara automatik sekiranya pemohon gagal hadir ke Pejabat JKM daerah dalam tempoh 14 hari
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Latihan Perantis JKM, anda boleh layari website rasmi JKM di pautan https://www.jkm.gov.my/
ARTIKEL LAIN
TEMUDUGA ONLINE SPA (Tips & Cara Mudah Lulus)
4 thoughts on “BANTUAN LATIHAN PERANTIS JKM BLP 2024”