TEMUDUGA ONLINE SPA (Tips & Cara Mudah Lulus)

TEMUDUGA ONLINE SPA (Tips & Cara Mudah Lulus)

TEMUDUGA ONLINE SPA (Tips & Cara Mudah Lulus)

PKP 3.0 menyebabkan semua sesi Temuduga SPA (Kerajaan) / Badan Berkanun / Swasta mungkin terpaksa kembali dijalankan secara online.

Tentu ada antara kita yang tertanya-tanya apakah agaknya persediaan temuduga online yang perlu kita buat memandangkan ianya agak berbeza dengan temuduga bersemuka yang biasa kita lalui sebelum ini.

Oleh itu, disini kami ingin berkongsi 10 perkara penting yang perlu kita tahu sebelum menghadiri temuduga (secara online).

 

APA  ITU TEMUDUGA

Temuduga merupakan satu perkara yang tidak asing bagi setiap individu yang ingin mendapatkan pekerjaan. Ini adalah kerana temuduga merupakan satu proses yang mesti dilalui oleh seseorang yang inginkan pekerjaan tidak kira sama ada hal di Sektor Awam ataupun Swasta.

9 TIPS PENTING  TEMUDUGA ONLINE

  1. Menggunakan Telefon Yang Berkualiti
    • Telefon antara alat yang penting dalam sesi temuduga online. Jika kita menggunakan telefon baru risiko untuk telefon “Hang” adalah lebih rendah berbanding telefon lama.
  1. Menggunakan Kamera Telefon Yang High Definition (Hd)
    • Pastikan kamera telefon berada dalam yang sangat baik supaya panel dapat melihat dengan jelas.
  1. Wifi/Line Telefon Yang Laju
    • Wifi / Line Telefon sangat penting semasa sesi temuduga (online) supaya sesi temuduga dapat berjalan dengan lancar. Wifi / Line Phone yang bermasalah akan menganggu perjalanan sesi temuduga.
  1. Lokasi Yang Sesuai
    • Lokasi sangat penting semasa sesi temuduga. Kita kena cari lokasi yang tidak bising, kawasan yang terang dan lapang.
  1. Menggunakan Mini Microphone & Wireless Earphone
    • Sebaiknya beli mini microphone untuk pastikan suara saya dapat didengari dengan jelas oleh panel temuduga kerana apabila suara kita tidak jelas ia akan menganggu tumpuan panel temuduga.
    • Menggunakan wireless earphone supaya dapat mendengar soalan yang dikemukan oleh penemuduga dengan jelas dan lebih fleksibel untuk memposisikan kedudukan saya lebih selesa dari jarak telefon pintar yang digunakan
  1. Posisi Badan Yang Sesuai Dan Menarik
    • Letakkan kamera telefon agak jauh sedikit agar panel temuduga dapat melihat saya dengan jelas sekurang-kurangnya dari paras perut hingga kepala.
  1. Berpakaian Lengkap Seperti Temuduga Sebenar
    • Berpakaian lengkap dari atas hingga bawah dan memastikan memilih rona warna tidak lebih dari 3 warna termasuk warna baju kemeja, blazer, tali leher, seluar, stokin dan kasut.
    • Peringatan:
      • Bagi calon lelaki, elakkan memakai baju kemeja berwarna gelap dan bercorak.
      • Bagi calon perempuan elakkan memakai baju bercorak bunga besar,dan perhiasan yang sarat.
  1. Hujahan Jawapan Yang Kemas, Padat & Berkeyakinan Tinggi
    • Setiap hujahan jawapan perlulah padat dan kemas. Pastikan anda membuat preparation awal dan menyemak latar belakang majikan anda secara terperinci.
  1. Resume Yang Menarik
    • Resume yang hebat akan menarik perhatian panel temuduga. Maklumat dalam resume pastikan lengkap tapi ringkas.

 

ARTIKEL LAIN

Permohonan MyStep 2022 (Cara Apply Online)

 

4 thoughts on “TEMUDUGA ONLINE SPA (Tips & Cara Mudah Lulus)”

Leave a Comment