BORANG RPGT (Borang CKHT 1A LHDN): CARA KIRA & ISI BORANG

BORANG RPGT (Borang CKHT 1A LHDN): CARA KIRA & ISI BORANG

BORANG RPGT (Borang CKHT 1A LHDN)

Cara Dapat Pelepasan dan pengecualian Cukai RPGT 2021 secar percuma atau cukai keuntungan harta tanah di Malaysia melalui Borang CKHT 1A lhdn bila jual rumah pertama anda, boleh claim sekali seumur hidup.

Bagaimana cara untuk kira? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU CUKAI RPGT

Cukai rpgt ini membawa maksud jikalau jumlah keuntungan yang dinikmati oleh pemilik rumah antara harga semasa beli dan harga semasa jual semula, sebahagian peratusan yang telah ditetapkan oleh dibayar kepada kerajaan.

CARA KIRA RPGT 2021

Berikut dikongsikan  contoh untuk pengiraan cukai rpgt bagi keuntungan jual rumah seperti di bawah:

  • Harga beli rumah (S&P) : RM180,000
  • Harga jual rumah (S&P) pada tahun ke 4 : RM400,000
  • Jumlah keuntungan : RM220,000
  • Kadar cukai yang dikenakan pada tahun ke 5 : 15 peratus

Daripada jumlah keuntungan tadi, tolakkan lagi dnegan perbelanjaan anda semasa memiliki rumah tersebut. Pastikan semua jumlah di bawah ini ada bukti resit pembayaran. Contohnya :

  • kos renovate rumah : RM30,000
  • kos menggunakan yuran guaman, duti setem, perunding hartanah termasuk 3 peratus caj bayaran agen masukkan sekali : RM5,000

RM220,000 – RM35,000 : RM185,000. Daripada jumlah ini, jikalau rumah itu atas nama individu anda dapat tolak lagi pelepasan individu sebanyak 10 peratus @ RM10 ribu (mana yang lebih tinggi).

  • RM185,000 – (10% x RM185,000) = RM166,500

Daripada jumlah RM166,500 inilah anda darab dengan kadar cukai rpgt yang dikenakan terhadap keuntungan penjualan rumah yang anda perolehi iaitu sebanyak 15 peratus. Jadi RM24,975 perlu dibayar kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Manakala bakinya RM141,525 menjadi milik anda.

KADAR CUKAI JUAL RUMAH

Berikut dikongsikan jadual Semak kadar jual rumah atau tanah anda dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak LHDN Malaysia.

TAHUNPERATUS CUKAI
Tahun 130 peratus
Tahun 230 peratus
Tahun 330 peratus
Tahun 420 peratus
Tahun 515 peratus
Tahun 6 & Seterusnya5 peratus

MUAT TURUN BORANG CKHT 1A LHDN

Berikut adalah pautan Download Borang CKHT 1A

 

SOALAN LAZIM

Apakah Tips Pengecualian Pelepasan Cukai CKHT?

Anda perlu lakukan adalah untuk dapatkan pengecualian cukai keuntungan harta tanah sekali seumur hidup :

  1. Kepada peguam yang anda lantik, maklumkan kepadanya yang anda mahu menggunakan satu keistimewaan ini yang dinamakan pelepasan cukai rpgt Malaysia.
  2. Pengecualian dan Pelepasan cukai ckht jual rumah pertama ini hanya sah untuk digunakan sekali sahaja seumur hidup
  3. Jikalau anda telah menggunakan pelepasan ini pada penjualan rumah pertama, penjualan rumah kedua dan seterusnya tidak layak untuk mendapat pelepasan cukai rpgt malaysia lagi
  4. Pelepasan ini bermaksud, tiada sebagai caj dan cukai yang akan diambil daripada jumlah keunungan penjualan rumah yang anda perolehi untuk dibayar kepada kerajaan. Tidak perlu.

Benarkah saya layak untuk dapat pengecuali cukai jual rumah?

Boleh. Seperti penerangan di atas ini

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR CUKAI (Guna eFILING & BYRHASIL LHDN )

1 thought on “BORANG RPGT (Borang CKHT 1A LHDN): CARA KIRA & ISI BORANG”

Leave a Comment