LOGIN eFILING 2022( Cara Kira & Check Cukai LHDN )
Kini para pembayar cukai boleh mula login untuk mengisi borang e-filing bagi pentaksiran cukai pada tahun sebelumnya iaitu 2020.
e-Filing mula dibuka pada 1 Mac 2021 sehingga 30 June 2021.
Isi borang cukai dengan betul dan usah tegopoh gapah, ini kerana masa yang diberikan agak panjang. Namun jangan pula ambil mudah sehingga terlupa untuk mengisi.
eFILING LHDN
Sedikit pengenalan tentang eFiling LHDN.
Sistem tersebut bertujuan mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.
Melalui sistem eFiling, anda boleh mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.
Berbeza dengan sistem dahulu di mana anda perlu menghantar borang taksiran dan perlu membuat pengiraan cukai secara manual di pejabat LHDN.
Berikut prosedur pembayaran cukai pendapatan dari iMoney.

CARA DAFTAR EFILING
Pendaftaran boleh dibuat online melalui portal rasmi http://edaftar.hasil.gov.my
Bagi pengguna kali pertama, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:
#1 – Lengkapkan borang pendaftaran online
- Layari http://edaftar.hasil.gov.my/dafsgjpn.php untuk mendaftar kali pertama. Anda akan dibawa ke halaman seperti berikut:
- Selepas selesai anda akan diberi satu nombor permohonan contohnya Ai-a78629uf9797d23
- Pastikan anda catat nombor tersebut untuk digunakan ketika mahu menyemak status pendaftaran kelak.
#2 – Muat naik dokumen diperlukan
- Anda kemudiannya diminta untuk memuat naik salinan dokumen berikut:
- Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan
- Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
- Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
- Ketika memuat naik dokumen pengenalan anda, pastikan hanya muka depan yang dengan jelas menunjukkan nama dan no. pengenalan diperlukan.
#3 – Semak status permohonan
- Selepas beberapa hari, anda boleh membuat semakan online status permohonan di http://edaftar.hasil.gov.my/info.php
- Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi efiling pula nanti.
- Peringatan: Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.
LOGIN eFILING LHDN
Pertama sekali, layari : https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx

Masukkan no kad pengenalan dan klik hantar, selepas itu masukkan password anda.
Anda akan dibawa kepada paparan seperti yang tertra di bawah ini:

Klik pada menu tertulis e-Filing.

Pilih jenis borang yang bersesuaian dengan anda. Untuk senarai jenis borang, boleh rujuk panduan di bawah ini:

Kemudian bolehlah mula mengisi borang e-Filing LHDN.
SOALAM LAZIM
Bilakah e-Filing bagi cukai taksiran 2022 dibuka?
- Bermula 1 Mac 2022.
Apakah nombor boleh dihubungi untuk pertanyaan berkenaan e-Filing?
- 03-8911 1000
Apakah jenis borang yang boleh mula diisi pada 1 Mac 2021?
- Borang E, BE,B, M, BT, MT, TF, dan TP
ARTIKEL LAIN
BORANG RPGT (Borang CKHT 1A LHDN): CARA KIRA & ISI BORANG
4 thoughts on “LOGIN eFILING 2022( Cara Kira & Check Cukai LHDN )”