CARA ISI e-FILING 2022 (Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama)

CARA ISI e-FILING 2022 (Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama)

CARA ISI e-FILING

Sebagai pembayar cukai, anda pasti akan peka dengan e-Filling. e-Filling akan disi bermula 1 Mac setiap tahun. Individu yang menerima gaji minimum RM34,000 setahun / RM2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP layak dikenakan cukai pendapatan.

Tetapi sekiranya anda pengguna kali pertama sudah semestinya anda ingin mengetahui cara untuk isi e-Filling. Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU SISTEM e-FILLING

Sistem e-Filling boleh diakses melalui portal rasmi HASiL di Portal ezHasil dan berfungsi sebagai:

  • Mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.
  • Mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai


PEMBAYAR CUKAI KALI PERTAMA

Sekiranya anda merupakan pembayar cukai yang ingin log masuk kali pertama ke sistem e-Filing, anda seharusnya  perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL secara online atau hadir ke kaunter cawangan HASiL.

 

CARA DAPATKAN NOMBOR PIN e-FILLING

Permohonan nombor PIN e-filing hanya boleh dibuat sekiranya anda sudah mempunyai nombor cukai. Anda boleh membuat semakan nombor cukai di sini. Prosedur permohonan nombor PIN melalui Borang Maklumbalas Pelanggan adalah seperti berikut :

  1. Layari laman Maklum Balas Pelanggan di web ezHASiL: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/
  2. Klik pada bahagian Permohonan
  3. Seterunya pergi ke bahagian Permohonan Nombor PIN e-Filing
  4. Dokumen berikut perlu dilampirkan semasa permohonan :
    • Salinan kad pengenalan /passport pemohon; dan
    • Borang CP55D 
    • Borang CP600B (Sekiranya terdapat perubahan alamat surat menyurat daripada kad pengenalan)
  5. Download Borang CP55D dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
  6. Selepas mengisi dan tandangan,pastikan anda scan boring CP55D bersama IC anda dalam bentuk PDF. * Permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap boleh menyebabkan ianya tidak akan diproses.
  7. Sekiranya dokumen dah sedia, klik pada pilihan Seterusnya
  8. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
  9. Pastikan alamat emel sah dan tepat kerana Pihak LHDN akan menghantar nombor rujukan ke emel anda.
  10. Dah siap mengisi & memuat naik (upload) dokumen yang diperlukan, klik Hantar
  11. Pihak LHDN akan memberi Nombor Pin untuk anda membuat semakan permohonan selepas 7 hari waktu bekerja.

 

CARA ISI e-FILING 2022 (Kali Pertama)

Setelah anda mendapat no PIN, berikut adalah merupakan cara untuk mengisi:

  1. Log masuk Portal e-filing ezHASiL: https://www.hasil.gov.my/
  2. Seterunya pilih pada MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing
  3. Klik pada e-BE Tahun Taksiran 2021
  4. Isi maklumat diri dan juga pasangan. *Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat disyorkan buat berasingan kerana ada beza yang ketara.
  5. Masukkan butiran peribadi dan tuntutan insentif (sekiranya ada)
  6. Masukkan jumlah pendapatan anda:
    • Boleh dapatkan jumlah pendapatan dari EA Form anda
    • Pendapatan side income
  7. Masukkan pelepasan cukai anda (boleh rujuk senarai pelepasan cukai pendapatan 2021)
  8. Semak rumusan anda yang tertera peratusan kadar tax yang dikenakan bergantung pada Pendapatan tolak Pelepasan Cukai ezHASiL.
  9. Setelah selesai menyemak, tekan Teruskan dan Hantar.

NOTA: Anda disyorkan untuk menyimpan resit dan perbelanjaan yang boleh dituntut dalam pelepasan cukai nanti.

 

TARIKH AKHIR PENGISIAN e-FILLING

Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2021 adalah 30 April 2022.

Kegagalan mengemukakan Borang Nyata (BN) dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-

  • BN selain Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
    • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
  • Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967

 

TERLUPA KATA LALUAN e-FILLING

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan HASiL.

 

MASALAH BERKAITAN e-FILLING

Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan eFiling, anda boleh menghubungi:

  • Hasil Care di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara),
  • HASiL Live Chat
  • Kunjungi kaunter perkhidmatan HASiL yang berhampiran.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara isi e-Filling, anda boleh merujuk website rasmi Lembaga hasil di pautan ini https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN eFILING 2022( Cara Kira & Check Cukai LHDN )

CARA BAYAR CUKAI (Guna eFILING & BYRHASIL LHDN )

 

1 thought on “CARA ISI e-FILING 2022 (Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama)”

Leave a Comment