LUPA NO CUKAI INCOME TAX (Cara Check Online)

LUPA NO CUKAI INCOME TAX (Cara Check Online)

LUPA NO CUKAI

Kepada pembayar cukai, semestinya anda mempunyai nombor cukai pendapatan. Adakah anda  ingin mengetahui no cukai anda? Bagaimana sekiranya anda lupa no cukai anda? Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan no cukai secara online secara online melalui eDaftar, semoga membantu.

 

APA ITU eDAFTAR

e-Daftar adalah aplikasi permohonan fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baharu mendapatkan nombor cukai pendapatan.

Pengemukaan dokumen bagi tujuan pendaftaran fail cukai pendapatan juga boleh dimuat naik melalui aplikasi e-Daftar menggunakan no. permohonan yang telah diberi selepas menghantar Borang Pendaftaran.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK DAPATKAN NO CUKAI

Anda harus menyediakan dokumen yang berkaitan dengan pekerjaan anda bagi mendapatkan no cukai seperti berikut:

  • Individu
    • Sekiranya anda tidak mempunyai pendapatan dari perniagaan, anda hanya perlu menyiapkan slip gaji terkini dan juga kad pengenalan.
  • Syarikat
    • Sementara bagi mereka yang mempunyai pendapatan perniagaan, sediakan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Kad Pengenalan anda.

 

CARA DAFTAR eDAFTAR

Sekiranya anda pengguna kali pertama, berikut adalah merupakan cara daftar:

  1. Layari pautan eDaftar: https://edaftar.hasil.gov.my/individu/dafsgjpnvdprd.php
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan tekan Hantar
  3. Semak kembali maklumat anda yang tertera, sekiranya betuk klik.
  4. Cetak : No. Permohonan Pendaftaran pembayar cukai ia diperlukan untuk menyemak status permohonan anda dan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan
  5. Anda boleh simpan nombor permohonan untuk rujukan anda

 

CARA SEMAK NO CUKAI PENDAPATAN

Sekrianya anda ingin mengetahui atau terlupa no cukai pendapatan anda, berikut adalah merupakan cara menyemak no cukai pendapatan:

  1. Layari pautan eDaftar : https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php
  2. Pilih Jenis Pengenalan sama ada Nombor Kad Pengenalan, Polis, Tentera, Passport
  3. Masukkan no Pengenalan anda
  4. Tuliskan Kod Keselamatan yang tertera
  5. Masukkan Email anda yang berdaftar dengan LHDN
  6. Masukkan Nombor Telefon yang berdaftar dengan LHDN
  7. Tekan butang Hantar
  8. Paparan akan menunjukkan
    • Nombor cukai pendapatan bagi no kad pengenalan xxxxxx-xx-xxxx telah didaftarkan di Lembaga Hasil Dalam Malaysia

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai lupa no cukai pendapatan, sila merujuk:

  • Website rasmi LHDN di pautan hasil.gov.my
  • Hubungi Hasil Care Lin:03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

ARTIKEL LAIN

CARA ISI e-FILING 2022 (Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama)

3 thoughts on “LUPA NO CUKAI INCOME TAX (Cara Check Online)”

Leave a Comment