JELAJAH JUALAN EHSAN RAKYAT (Lokasi & Tarikh)

JELAJAH JUALAN EHSAN RAKYAT (Lokasi & Tarikh)

JELAJAH JUALAN EHSAN RAKYAT

Terkini berita menggembirakan buat rakyat Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan hadiah terbaik sempena hari kemerdekaan dengan memperkenalkan Program Jelajah Jualan EhsanRakyat. Disini kami kongsikan kepada anda lokasi dan tarikh program ini diadakan, semoga membantu.

 

APA ITU JELAJAH JUALAN EHSAN RAKYAT

Jelajah ini merupakan antara usaha kerajaan mendepani masalah kenaikan harga barang khususnya barangan makanan keperluan asas yang dijual jauh lebih murah dari harga pasaran.

Jelajah yang merupakan kesinambungan daripada Program Intervensi Harga Makanan Ehsan itu akan berlangsung selama tiga bulan di kesemua sembilan daerah negeri Selangor.

 

TEMPOH PROGRAM 

Program Jelajah untuk Rakyat Selangor ini mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2022. Jelajah jualan ini di seluruh 9 daerah dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Negeri Selangor.

 

BARANGAN ASAS 

Sebanyak 6 jenis barangan asas yang menjadi tumpuan dengan harga 30% lebih murah daripada harga pasaran iaitu:

  • Ayam
  • Daging
  • Ikan
  • Telur
  • Beras
  • Minyak masak

 

KADAR HARGA BARANGAN ASAS 

Antara barangan utama yang akan dijual ialah ayam bulat 1.8 hingga 2 kilogram (kg), beras 5kg dan telur ayam gred B 30 biji dijual dengan harga RM10 sahaja dengan kami mengehadkan pembelian dua unit untuk satu item.

 

LOKASI JELAJAH JUALAN EHSAN RAKYAT

Berikut adalah merupakan lokasi dan waktu Program Jelajah ini diadakan seperti jadual di bawah:

 

 

 

Rujukan:

PETIKAN BERITA 

  • Sebanyak sembilan trak akan digunakan bagi menjelajah ke semua daerah di seluruh Selangor yang akan kami umum menerusi media sosial rasmi kami selepas ini,” katanya selepas pelancaran program itu.
  • Terdahulu Jelajah ini dilancarkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri itu di Dataran Shah Alam, malam Selasa.
  • Pada pelancaran jelajah itu, kesemua barangan iaitu ayam, telur gred B, ikan kembung, beras dan daging import dijual pada harga istimewa iaitu RM5 seunit kecuali minyak masak 5kg pada harga RM10 sebotol.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Jelajah Jualan Ehsan Rakyat, anda boleh layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor 

 

ARTIKEL LAIN

Cara Semak Cukai Tanah Selangor (Bayar ehasil.selangor.gov.my)

3 thoughts on “JELAJAH JUALAN EHSAN RAKYAT (Lokasi & Tarikh)”

Leave a Comment