LOKASI JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA (JMKM) SISWA
Berita mengembirakan kepada para siswa, kini Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah memperkenalkan satu program JKKM Siswa di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga akan diperluaskan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Melalui program ini dapat meringankan bebanan warga siswa. Disini kami akan kongsikan mengenai program JMKM Siswa ini dan lokasi yang akan dilaksanankan
APA ITU JMKM SISWA
Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Siswa diperkenalkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula Oktober bagi meringankan beban pelajar sempena pembukaan semula universiti selepas cuti semester.
Program JMKM Siswa telah memberi kejayaan kepada rakyat negara ini untuk mendapatkan barangan pada harga lebih murah setiap minggu.
TARIKH PELAKSANAAN JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA (JMKM) SISWA
Pada permulaan JMKM Siswa akan dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu pertama Oktober sebelum diperluaskan kepada 20 kampus IPTA seluruh Malaysia.
Pelaksanaan JMKM Siswa adalah sama dengan JMKM sedia ada iaitu jualan dibuat dua hari setiap minggu sehingga 31 Disember ini.
JMKM akan diperluaskan di IPTA dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bermula Oktober 2022 ini
KERJASAMA JUALAN MURAH KELUARGAMALAYSIA (JMKM) SISWA
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diberi tanggungjawab bagi pelaksanaan JMKM Siswa dengan kerjasama semua pihak seperti :
- Kedai Koperasi
- Pusat Keusahawanan di IPT
- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia
BARANGAN JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA(JMKM) SISWA
Berikut adalah merupakan antara barangan yang dijual menerusi program ini:
- Alat tulis
- Salinan dokumen
- Perkhidmatan cetakan
- Tambahan prabayar data telekomunikasi
- Buku
- Makanan
LOKASI JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA (JMKM) SISWA
Berikut adalah merupakan lokasi program JMKM yang akan dilaksanakan:
IPTA | TARIKH | IPTS | TARIKH |
Universiti Malaya | Universiti Kuala Lumpur | ||
Universiti Sains Malaysia | Management Science University | ||
Universiti Kebangsaan Malaysia | Multimedia University | ||
Universiti Putra Malaysia | Universiti Teknologi Petronas | ||
Universiti Teknologi Malaysia | Universiti Tenaga Nasional | ||
Universiti Teknologi MARA | German-Malaysian Institute | ||
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | Universiti Tun Abdul Razak | ||
Universiti Malaysia Sabah | Asia Pasific University | ||
Universiti Malaysia Sarawak | University Selangor | ||
Universiti Utara Malaysia | Institut Profesional Baitulmal | ||
Universiti Pendidikan Sultan Idris | KDU University Colllage | ||
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia | Al-Madinah International University | ||
Universiti Teknikal Malaysia Melaka | Quest International University Perak | ||
Universiti Malaysia Perlis | Sunway University | ||
Universiti Malaysia Terengganu | Kolej Universiti Islam Perlis | ||
Universiti Malaysia Pahang | Kolej Universiti KPJ Healthcare | ||
Universiti Sains Islam Malaysia | Kolej Poly-Tech Mara | ||
Universiti Sultan Zainal Abidin | Institut Antarabangsa Sains Mantin | ||
Universiti Malaysia Kelantan | Kolej Koperasi Telekom Malaysia | ||
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) | Limkokwing University Of Creative Technology |
Nota: Sekiranya anda ingin merujuk senarai IPTS yang berdaftar di Malaysia, sila rujuk pada pautan ini – Senarai Daftar Ipts Bertaraf Universiti
ARTIKEL LAIN
JELAJAH JUALAN EHSAN RAKYAT (Lokasi & Tarikh)
minta pemohonan kerja