SIJIL NIKAH HILANG ROSAK (Permohonan Semula & Harga)

SIJIL NIKAH HILANG ROSAK (Permohonan Semula & Harga)

SIJIL NIKAH HILANG ROSAK

Kepada pasangan yang berkahwin, semestinya akan memiliki sijil perakuan nikah. Tetapi bagaimana sijil tersebut rosak atau hilang? Semestinya anda perlu dapatkan yang baharu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan semula sijil nikah bagi yang hilang dan rosak  beserta kadar harga yang akan dikenakan, semoga membantu.

 

APA ITU SIJIL NIKAH

Sijil nikah merupakan dokumen perkahwinan  yang membuktikan bahawa perkahwinan anda sah di sisi undang-undang dan sebagai bukti perkahwinan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk dibawa semasa di pejabat agama iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  • Salinan Surat Perakuan Nikah (jika ada);
  • Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam yang menyatakan Surat Perakuan Nikah asal hilang dalam simpanan atau rosak; dan

 

CARA PERMOHONAN SEMULA SIJIL NIKAH HILANG / ROSAK

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan semula sijik nikah anda:

  1. Hadir ke pejabat agama yang berhampiran dengan anda
  2. Anda perlu mengisi borang permohonan iaitui borang 18 yang disediakan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga. (Borang tersebut boleh diambil hanya di Pejabat Agama Jajahan) dan dikenakan bayaran RM1.00.
  3. Isikan segala butiran yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  4. Sertakan salinan kad pengenalan dan surat akuan sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam.
  5. Akhir sekali, serahkan dokumen yang sudah lengkap diisi bersama lampiran ke kaunter bahagian perkahwinan.

 

KADAR BAYARAN SIJIL NIKAH BAHARU

Kadar bayaran anda sebanyak RM10.00 untuk satu sijil

 

TEMPOH SIAP SIJIL NIKAH BAHARU

Permohonan sijil nikah baharu akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

PROSEDUR PERMOHONAN PERKAHWINAN

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

  1. Layari pautan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia 
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat
  3. Pastikan Borang ditandatangani oleh pemohon dan juga ditandatangani oleh wali ( bagi perempuan).
  4. Dapatkan pengesahan status dan anak mukim daripada Imam Mukim
  5. Borang permohonan mestilah disahkan Imam Mukim pemohon berserta cop rasmi cop rasminya untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
  6. Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dibawa kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan masing-masing untuk ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop dengan cop Imam Mukim berkenaan.
  7. Borang permohonan dihantar oleh pemohon ke Pejabat Agama Jajahan berkaitan dengan disertakan bayaran RM 12.00 untuk mendapat Kebenaran Berkahwin daripada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon (Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh akad nikah).
  8. Pemohon mendapatkan Surat Kebenaran Berkahwin (Borang 2/Borang 2A)dalam tempoh 24 jam di Pejabat Agama Jajahan berkenaan untuk diserahkan kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan berkenaan.
  9. Majlis Akadnikah dilangsungkan pada tarikh yang ditetapkan di tempat pemastautinan perempuan
  10. Selepas Akadnikah, suami diminta membaca ta’liq dan menandatangani Surat Makluman Akad Nikah dan Surat Perakuan Nikah serta menjelaskan bayaran RM120.00.
  11. Selepas itu pengantin akan diberi Surat Akuan Nikah Sementara (borang 4) dan dikehendaki mendapatkan Sijil Perakuan Nikah di Pejabat Agama Jajahan berkaitan.
  12. Pemohon boleh memungut Sijil Perakuan Nikah di Pejabat Agama Jajahan berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas majlis Akad.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara permohonan semula sijil nikah ini, anda boleh melayari wbsite rasmi Jawi

 

ARTIKEL LAIN

NIKAH SIAM THAILAND (Cara Daftar Surat Nikah Proses & Harga Denda)

2 thoughts on “SIJIL NIKAH HILANG ROSAK (Permohonan Semula & Harga)”

Leave a Comment