CARA AKTIFKAN MAYBANK PAYWAVE (Melalui Maybank2u & ATM)

CARA AKTIFKAN MAYBANK PAYWAVE (Melalui Maybank2u & ATM)

MAYBANK PAYWAVE

Kebiasaannya kini, untuk membuat pembayaran menggunakan kad debit semestinya jurujual tersebut akan menanyakan sama ada ingin guna Paywave atau Pin. Jadi semestinya anda ingin mengetahui apa itu Paywave dan cara untuk aktifkan. Dsini kami akan kongsikan kepada anda cara aktifkan Maybank PawWave, semoga membantu.

 

APA ITU PAYWAVE

PayWave ialah ciri pembayaran baharu yang membolehkan pengguna menjimatkan masa membeli-belah kerana mereka boleh membuat pembelian dengan lebih pantas dan praktikal tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.

 

HAD LIMIT TRANSAKSI MAYBANK PAYWAVE 

Untuk makluman, had transaksi PayWave Maybank adalah RM250 dan ke bawah. Sekiranya transaksi lebih daripada RM250, penggunaan no PIN diperlukan semasa melakukan transaksi tersebut.

 

CARA AKTIFKAN MAYBANK PAYWAVE GUNA MAYBANK2U

Berikut adalah merupakan cara untuk anda aktifkan fungsi Paywave menggunakan Maybank2u iaitu:

  1. Layari Maybank2u
  2. Log masuk menggunakan Username dan Password anda
  3. Pada menu utama klik pada Setting
  4. Pada sebelah Personal Info, klik pada ikon anak panah melintang.
  5. Seterusnya klik pada Cards > Manage Debit Cards.
  6. Klik pada ikon pensel edit pada bahagian Card Details.
  7. Pilih contactless limit yang anda inginkan, kemudian, klik Save
  8. Pada bahagian Please confirm the details, klik Request.
  9. Masukkan kod TAC pada ruangan yang diberi dan klik Confirm
  10. Selesai

 

CARA AKTIFKAN MAYBANK PAYWAVE GUNA ATM

Berikut adalah merupakan cara untuk anda aktifkan fungsi Paywave menggunakan mesin ATM iaitu:

  1. Kunjungi cawangan mesin ATM Maybank berhampiran anda
  2. Masukkan kad ATM Bank Maybank ke slot kad dan tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini, klik Teruskan
  4. Masukkan no PIN kad anda dan klik Enter
  5. Seterusnya klik pada Other Transactions > Change Limit.
  6. Kemudian, klik Purchase Limit. Buat pilihan limit anda.
  7. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  8. Anda akan diminta untuk mengesahkan nombor No Purchase anda.
  9. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau sebarang pertanyan mengenai Paywe Maybank ini, anda boleh merujuk:

  • Hubungi customer service Maybank:i 1300-88-6688
  • Pegawai khidmat pelanggan akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda. Talian ini beroperasi setiap hari untuk 24 jam.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BLOCK KAD BANK MAYBANK (Guna Telefon & Online)

Leave a Comment