SEMAK KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU SYARIKAT TERKINI (Check Diskaun)

SEMAK KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU SYARIKAT TERKINI (Check Diskaun)

CUKAI PENDAPATAN TERKINI

Menerusi pembentangan bajet 2023, terdapat berita yang menggembirakan kepada pembayar cukai. Ini kerana terdapat diskaun atau pengurangan bagi pembayaran cukai. Disini kami akan kongsikan kepada anda tentang diskaun pengurangan kadar cukai terkini, semoga membantu.

 

SEMAKAN PENGURANGAN KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Kepada individu, berikut adalah merupakan pengurangan kadar cukai pendapatan menerusi bajet 2023 iaitu:

  1. Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih 50 ribu hingga 100 ribu ringgit, iaitu:
    • Banjaran pendapatan bercukai lebih 50 ribu hingga 70 ribu ringgit, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus; dan
    • Banjaran pendapatan bercukai lebih 70 ribu hingga 100 ribu ringgit, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus.
  2. Banjaran pendapatan bercukai lebih 250 ribu hingga 400 ribu ringgit akan digabungkan dengan banjaran lebih 400 ribu hingga 600 ribu ringgit dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.
  3. Bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang memberikan pendidikan awal anak-anak, Kerajaan bersetuju melanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga 3,000 ringgit ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA berdaftar.
  4. Melihatkan kepada kepentingan membina simpanan hari tua yang mencukupi, had caruman sukarela KWSP akan dinaikkan daripada 60 ribu kepada 100 ribu ringgit setahun. Bagi menggalakkan lagi caruman sukarela, Kerajaan juga akan meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga 3,000 ringgit.
  5. Kerajaan bercadang untuk melanjutkan sehingga 2024 pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 8,000 ringgit untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

 

SEMAKAN PENGURANGAN KADAR CUKAI PENDAPATAN SYARIKAT

Kepada syarikat, berikut adalah merupakan pengurangan kadar cukai pendapatan menerusi bajet 2023 iaitu:

  1. Sebagai komitmen Kerajaan untuk menyokong dan memperkasa PMKS, sukacita diumumkan, mulai tahun taksiran 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 100 ribu pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus. Pengurangan ini dijangka memberi penjimatan sehingga 2,000 ringgit kepada 150 ribu pembayar cukai PMKS.
  2. Bioteknologi mampu meningkatkan produktiviti pertanian serta membangunkan pendekatan pertanian yang lebih mesra alam. Dengan itu, Kerajaan bercadang melanjutkan insentif cukai bagi syarikat berstatus BioNexus untuk permohonan yang diterima sehingga hujung 2024. Di samping itu, insentif ini akan ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan berkanun dinaikkan daripada 70 peratus kepada 100 peratus

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut menegnai teks ucapan bejt 2023, anda boleh merujuk pada pautan ini https://budget.mof.gov.my/pdf/2023/ucapan/ub23.pdf

 

ARTIKEL LAIN

LUPA NO CUKAI INCOME TAX (Cara Check Online)

2 thoughts on “SEMAK KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU SYARIKAT TERKINI (Check Diskaun)”

Leave a Comment