CARA DAPATKAN KAD PELAJAR MARRYBROWN(Diskaun Terkini)

CARA DAPATKAN KAD PELAJAR MARRYBROWN (Diskaun Terkini)

KAD PELAJAR MARRYBROWN

Kepada para pelajar yang ingin menikmati menu makanan daripada Marry Brown (MB) Malaysia, kini MB sedang membuat promosi Kad Pelajar Marry Brown 2024 untuk pelajar yang berkelayakan.  Disini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan kad pelajar MarryBrown MB ini, semoga membantu.

 

KELEBIHAN KAD PELAJAR MB

Berikut adalah merupakan antara kelebihan kepada pelajar yang memiliki kad ini adalah:

  • Terdapat pelbagai promosi dan diskaun istimewa dari semasa ke semasa.
  • Kad pelajar atau Student Card ini boleh digunakan secara percuma tanpa perlu bayar atau membuat sebarang pendaftaran

 

TEMPOH SAH PROMOSI KADPELAJAR MB

  • Tempoh sah laku penggunaan kad Marry Brown adalah bermula dari sekarang hingga 31 Disember 2024

 

PILIHAN MB MEALS KADPELAJAR MB

Terdapat 4 pilihan Marry Brown Meals kepada pelajar untuk dinikmati pada harga RM5.90 iaitu:

  • Chicken Burger & Coca Cola
  • Nasi Kari Bowl & Coca Cola
  • 1 Pc MB Crispy Chicken + Mashed Potato & Coca Cola
  • Bubur Ayam MB & Coca Cola

 

CARA DAPATKAN KAD PELAJAR MARRYBROWN

Para pelajar yang layak (mesti mempunyai student ID yang sah) boleh mendapatkan kad pelajar anda di kaunter di cawangan Marry Brown terdekat anda kecuali:

  • Marrybrown Genting Highlands
  • Sunway Lagoon
  • Johor Premium Outlets
  • Zoo dan cawangan Lapangan Terbang di Malaysia

 

CARA GUNA KAD PELAJAR MB

Kepada pelajar yang ingin menikmati promosi dari kad pelajar MB, berikut adalah merupakan cara penggunaannya:

  1. Pergi ke cawangan Marry Brown berhampiran
  2. Tunjukkan kad ini sebelum membuat pesanan.
  3. Sah untuk pelajar berumur bawah 25 tahun.
  4. Dine-In sahaja.
  5. SATU item setiap tawaran setiap pesanan.
  6. Tidak sah dengan tawaran, promosi, diskaun dan penghantaran Marrybrown yang lain.
  7. Harga tertakluk kepada 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (jika berkenaan).
  8. Penggunaan ini Sah di semua Restoran Marrybrown di Malaysia kecuali:
    • Marrybrown Genting Highlands
    • Sunway Lagoon
    • Outlet Premium Johor
    • Zoo dan cawangan Lapangan Terbang di Malaysia.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai kad pelajar MB, sila layari website rasmi MarryBrown di pautan https://marrybrown.com/

 

ARTIKEL LAIN

PERANTISISWA  (Permohonan Online Bantuan Tablet Pelajar IPT)

Leave a Comment