PERANTISISWA 2022 (Permohonan Online Bantuan Tablet Pelajar IPT)

PERANTISISWA 2022 (Permohonan Online Bantuan Tablet Pelajar IPT)

PERANTISISWA

Kepada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) bagi khusus bagi pelajar daripada golongan B40 yang berkelayakan boleh membuat permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia supaya dapat menggunakan peranti tersebut dalam pembelajaran sehingga selesai tempoh pengajian. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Pakej ini adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Tawaran ini membantu Pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet bagi tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

 

SYARAT PERMOHONAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan:

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Mahasiswa dari kategori keluarga B40 dimana pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah
  3. Pemohon mestilah sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda (IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti. Matrikulasi tidak layak)
  4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022
  5. Mengikut pengajian secara sepenuh masa
  6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-manan program di bawah Kerajaan sebelum ini

 

TERMA PENGGUNAAN PERANTISISWA

  1. Menggunakan Kaedah Guna Pakai (KGP) dimana ianya perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Tablet tersebut perlu dipulangkan semula apabila mahasiswa tersebut :
    • Menamatkan pengajian
    • Berhenti pengajian
    • Dibuang pengajian
    • Menyalahgunakan sehingga kemudaratan atau menyalahi undang-undang
    • Melanggar apa-apa syarat yang ditentukan
  3. Pemberian ini hanya melibatkan peranti sahaja tanpa pelan data internet.
  4. Anda bertanggungjawab keatas peranti tersebut dan sekiranya ia rosak, hilang atau dicuri, anda perlu melaporkan kepada Pentadbir Program.
  5. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan kehilangan atua kerosakan disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti.

 

SPESIFIKASI PERANTI PERANTISISWA

Berikut adalah murapakan spesifikasi peranti yang dibekalkan melalui perantisiswa iaitu sebuah tablet dengan spesifikasi minimun seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan

 

TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA

Permohonan boleh dibuat bermula 15 April 2022 (Jumaat) pada jam 8.00 pagi.

 

CARA PERMOHONAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan Peranti Siswa 
  2. Pada paparan utamaklik pada Daftar Pengguna
  3. Isikan maklumat maklumat yang diperlukan dengan lengkap, dan klik Daftar
  4. Notifikasi akan dihantar kepada emel pemohon untuk tujuan pengesahan. Klik pada Aktifkan Akaun
  5. Login semula dengan menggunakan emel dan password anda
  6. Lengkapkan Borang Permohonan PerantiSiswa pada ruang yang wajib diisi.
  7. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonanan
  8. Pengesahan status pengesahan permohonan tertera. Klik Cetak untuk simpanan.
  9. Untuk semakan status permohonan, pemakluman akan dibuat melalui emel kepada pemohon yang berjaya.
  10. PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal Jun 2022.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PERANTISISWA

Adakah Tablet diberi terus kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa?

  • Kerajaan bersetuju untuk memberi terus tablet berjenama terkenal kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Pemberian peranti ini sebagai penghargaan, sekali gus diharap menjadi pemangkin untuk penerimanya belajar bersungguh-sungguh sehingga meraih keputusan cemerlang.

Apakah jenama tablet Inisiatif PerantiSiswa?

  • Kerajaan akan menawarkan tablet berjenama Samsung, iaitu Galaxy Tab A8 dibawah program ini beserta sebuah papan kekunci (Smart Keyboard Trio 500), sebuah stylus pen dan Book Cover.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan perantisiswa, anda boleh melayari website rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di pautan https://www.kkmm.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

ePEMULA TNG (Cara Claim & Tebus Kredit RM150 Guna Touch n Go)

 

4 thoughts on “PERANTISISWA 2022 (Permohonan Online Bantuan Tablet Pelajar IPT)”

Leave a Comment