PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN UNTUK SISWAZAH PENGAMBILAN OKTOBER 2022

PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN UNTUK SISWAZAH PENGAMBILAN OKTOBER 2022

PROGRAM LATIHAN SISWAZAH

Kepada anda yang lepasan Diploma dan Ijazah yang masih belum mendapatkan pekerjaan, anda boleh cuba membuat permohonan prgram Latihan Untuk Siswazah yang ditawarkan menerusi Yayasan Peneraju Bumiputera Malaysia. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan program ini, semoga membantu.


APA ITU PROGRAM LATIHAN SISWAZAH

Program ini adalah kerjasama bersama Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) yang bertujuan untuk membantu graduan memperolehi kemahiran serta pensijilan yang diperlukan oleh industri bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dalam bidang-bidang yang dikenalpasti.

 

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN

Melalui program ini, terdapat dua kursus yang ditawarkan iaitu:

  • ECP Mechatronics (PLC Technology)
  • ECP PLC

 

KELEBIHAN PROGRAM LATIHAN SISWAZAH

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang akan diperolehi menerusi program ini:

  • Kemudahan asrama dan pengangkutan disediakan
  • Peluang menimba pengalaman dengan Industri
  • Makan dan minum disediakan sepanjang pengajian
  • Latihan diiktiraf serta berkaitan dengan industri
  • Jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian
  • Elaun RM500 sebulan sepanjang pengajian

 

TEMPOH KURSUS 

  • Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh selama 2 bulan

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM LATIHAN SISWAZAH

Kepada graduan yang berminat untuk membuat permohonan program ini seharusnya menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan menerusi program ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia, Bumiputera
  • Pengalaman bekerja tidak lebih dari 3 tahun
  • Berumur antara 19 hingga 30 tahun semasa memohon
  • Memiliki Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan / Teknologi / Kursus berkaitan
  • PNGK 2.50 dan ke atas
  • Lulus ujianpPenilaian dan pemilihan daripada NSSDC

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN SISWAZAH

Kepada para graduan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang telah tetapkan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan google form Borang Permohonan Peneraju Skil Prgram Latihan untuk Siswazah (PLUS) – NSSDC di pautan https://tinyurl.com/nssdc-yp
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan serta memahi terma dan syarat yang dinyatakan
  3. Setelah lengkap klik pada Hantar.
  4. Selain utu anda boleh membuat permohonan melalui pegawai bertugas di talian Whatsapp berikut:
    1. http://www.wasap.my/60136732766/PLUS

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai prgram Latihan Siswazah ini, anda boleh berhubung melalui:

 

ARTIKEL LAIN

PERANTISISWA 2022 (Permohonan Online Bantuan Tablet Pelajar IPT)

Leave a Comment