PERMOHONAN KEMASUKAN MURID BEKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID BEKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 

MBPK TINGKATAN 1 & 4

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang kurang upaya dan ingin menghantar ke sekolah pendidikan Khas, kini dimaklumkan Permohonan Kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Di SMKPK, SMPKV DAN KV KENINGAU Ambilan Tahun 2023 telah dibuka. Disini kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohohan menerusi ePKHAS, semoga membantu.

 

SYARAT PERMOHONAN MBPK TINGKATAN 1 & 4

Berikut dalah merupakan syarat permohonan yang telah ditetapkan:

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
  3. Mempunyai surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan/swasta. Atau Pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan permohonan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK).
  4. Calon mestilah sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan dan lain-lain penyakit) yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
  5. Berkeupayaan mengurus diri.
  6. Tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat. Sertakan laporan murid daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan laporan kehadiran melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

 

SEKOLAH MBPK

Berikut adalah merupakan antara sekolah MBPK iaitu:

  • SMK Pendidikan Khas (SMKPK)
  • SMPK Vokasional (SMPKV)
  • Kolej Vokasional Keningau, Sabah (KV)

 

LOKASI SEKOLAH MBPK

Berikut adalah merupakan senarai lokasi sekolah MBPK iaitu:

  • SMKPK Setapak, Kuala Lumpur
  • SMKPK Persekutuan, Pulau Pinang
  • SMKPK Bumbong Lima, Pulau Pinang
  • SMPKV Shah Alam Selangor
  • SMPKV IndahPura, Johor
  • SMPKV Kuatan, Pahang
  • SMPKV Merbok, Kedah
  • Kolej Vokasional Keningau, Sabah

 

TARIKH PERMOHONAN MBPK

Permohonan mulai dibuka pada 4 September hingga 21 Oktober 2022.

 

CARA PERMOHONAN MBPK TINGKATAN 1  & 4

Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan ePKHAS: https://epkhas.moe.gov.my/
  2. Klik pada Login > Login Ibu Bapa/Penjaga.
  3. Sebagai pengguna baharu klik pada Daftar Pengguna. Sekiranya Ibu bapa atau penjaga telah mendaftar dan mempunyai ID Pengguna dan Katalaluan, sila terus login ke dalam sistem.
  4. Untuk meneruskan permohonan,masukkan nombor kad pengenalan 12 digit murid tanpa
  5. tanda sempang ( – ). dan klik Tambah Rekod. (Contoh no kp: 001122081010).\
  6. Lengkapkan semua maklumat di halaman Maklumat Murid.
    • Pilih jenis ketidakupayaan murid, sekolah pilihan dan kursus pilihan daripada senarai pilihanyang telah disediakan.
    • Masukkan gambar yang berukuran passport dan fail gambar hendaklah dalam format jpeg sahaja. Klik Browse untuk upload gambar.
    • Sekiranya pemohon menghidapi sebarang penyakit dan mempunyai surat pengesahan daripada doktor yang memeriksa, pengguna boleh imbas (scan) surat dan upload (muat turun) surat pengesahan tersebut. Klik pada butang Browse untuk upload fail tersebut.
  7. Klik Halaman Seterusnya untuk mengisi maklumat ibu bapa/penjaga. Lengkapkan SEMUA maklumat di halaman Maklumat Ibu Bapa/Penjaga bagi yang bertanda (*).
  8. Klik Halaman Seterusnya untuk mengisi maklumat akademik dan kemahiran. Lengkapkan maklumat di halaman Maklumat Akademik dan Kemahiran.
  9. Klik Halaman Seterusnya untuk mengisi Maklumat Kokurikulum dan Jawatan
    • Masukkan maklumat Penglibatan Dalam Kokurikulum dan Jawatan Disandang. Klik pada butang TAMBAH untuk memasukkan atau menambah maklumat.
    • Klik icon Buang sekiranya ingin memadam maklumat yang telah dimasukkan.
  10. Klik Halaman Seterusnya untuk mengisi Maklumat Displin. Masukkan Maklumat Disiplin murid dengan memilih YA atau TIDAK. Jika YA, masukkan maklumat salahlaku disiplin yang pernah dilakukan.
  11. Klik Halaman Seterusnya untuk Membuat Pengesahan Permohonan. Pilih YA atau TIDAK bagi mengesahkan permohonan secara dalam talian dan klik Hantar Permohonan
  12. Paparan mesej permohonan telah berjaya dihantar.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2023, sila layari website rasmi Kemeneterian Pendidikan Malaysia.

 

ARTIKEL LAIN

CUTI 2024 (Bila Tarikh Cuti Umum / Negeri Di Malaysia & Takwim Sekolah KPM)

 

Leave a Comment