PERMOHONAN PINJAMAN LPPSA (Kerja kerajaan & Nak Beli Rumah Property)

PERMOHONAN PINJAMAN LPPSA (Kerja kerajaan & Nak Beli Rumah Property)

PINJAMAN LPPSA

Adakah anda penjawat awam? Sebanarnya anda sebagai penjawat awam mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah membeli rumah dengan pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU LPPSA

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Penubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.

 

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN LPPSA

Berikut adalah merupakan syarat asas permohonan yang ditetapkan:

  • Semua penjawat awam berjawatan tetap yang telah disahkan perkhidmatan layak untuk memohon pinjaman LPPSA bagi tujuan pembelian rumah kediaman, tanah atau kerja ubah suai yang dibenarkan.
  • Salinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan.

 

KADAR PINJAMAN LPPSA

Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan yang boleh dimohon mengikut had kelayakan:

berikut:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
  • Pendapatan bersih dibawah tafsiran LPPSA merujuk kepada: Gaji Pokok + Elaun Tetap yang diambilkira – Potongan
  • Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan Kalkulator Pengiraan Kelayakan di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.
BilPendapatan BersihKelayakan Maksimum
16,500 ke atas750,000
26,000720,000
35,700680,000
45,500650,000
55,000600,000
64,700560,000
74,500540,000
84,300510,000
94,000470,000
103,800450,000
113,500420,000
122,900340,000
132,300270,000
14Sehingga 1,700200,000

 

JENIS PINJAMAN LPPSA

Berikut adalah merupakan jenis pembiayaan yang boleh dibuat melalui LPPSA:

  • Membeli rumah atau petak kediaman rumah yang telah siap
  • Membina rumah di atas tanah sendiri
  • Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
  • Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
  • Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
  • Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
  • Membuat kerja ubah suai rumah atau petak rumah kediaman

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut untuk memudah urusan permohonan anda:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) yang telah disahkan
  • Slip Gaji Asal / e-Penyata Gaji atau Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen yang telah disahkan
  • Surat Iringan Ketua Jabatan
  • Borang Permohonan Pinjaman / Pembiayaan SPPB yang disahkan termasuk
    • Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful
    • Borang 2 – Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman Perumahan Serta Faedah
  • Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan Di Malaysia
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak

 

CARA PERMOHONAN PINJAMAN LPPSA

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan LPPSA: lppsa.gov.my
  2. Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna kali pertama hendaklah mendaftarkan ID Pengguna terlebih dahulu.
  3. Kepada pengguna yang baru didaftarkan, anda dikehendaki untuk mengemaskini butiran seperti berikut:
    • Maklumat Peribadi
    • Alamat Kediaman
    • Maklumat Keluarga
    • Maklumat Pekerjaan
  4. Setelah lengkap kembali ke halam utama yang akan memaparkan jenis pembiayaan yang boleh dipillih:
    • Permohonan Individu
    • Permohonan Bersama
  5. Bagi permohonan baru, anda akan diminta untuk memasukkan butir-butir berikut:
    • Maklumat Awal Pembiayaan
    • Maklumat Perkhidmatan
    • Pendapatan dan Komitmen
    • Maklumat Pembiayaan
    • Pemilihan Insurans/Takaful
    • Pengesahan
  6. Setelah lengkap klik pada butang Simpan dan Hantar.

 

KELULUSAN PEMBIAYAAN LPPSA

Jumlah kelulusan pembiayaan anda akan tertakluk kepada amaun penilaian terendah daripada penilaian berikut:

  • harga hartanah;
  • penilaian JPPH;
  • amaun yang dimohon; atau
  • kelayakan maksimum pemohon.

Nota: Status kelulusan akan dikemaskini di laman web dan boleh disemak oleh pengguna secara online.

 

PERBEZAAN PINJAMAN PERUMAHAN LPPSA VS BANK

Berikut adalah merupakan perbezaan antara kedua pembiayaan ini:

PERBEZAANLPPSABANK
Fixed Interest RateKadar pinjaman Tak BerubahKadar Pinjaman Berubah
Margin Of Financing100% (kadar pinjaman penuh)90% daripada jumlah pembiayaan
Progressive PaymentTiada (dibuat pembayaran selepas siap sepenuhnya)Ada (diperlukan membuat pembayaran sekiranya siap satu bahagian)
Insurans MRTA/MRTTFull Coverage (jumlah pembiayaan dan tempoh)Boleh berubah mengikut kehendak peminjam
Deposit/Down paymentTiada10% jumlah pembiayaan
Tempoh PinjamanTempoh pinjaman 35 tahun sehingga umur 90 tahunTempoh pinjaman 35 tahun sehingga umur 70 tahun
Laporan CCRISTidak diperlukanDiperlukan
Bilangan Permohonan PinjamanTerhad 2 Kali sahaja (kena selesai pinjaman pertama terlebih dahulu)Tiada Had. Bergantung kepada pendapatan anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan LPPSA ini, anda boleh layari website rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

 

ARTIKEL LAIN

CARA BELI TANAH GUNA LOAN KERAJAAN (LPPSA)

 

1 thought on “PERMOHONAN PINJAMAN LPPSA (Kerja kerajaan & Nak Beli Rumah Property)”

Leave a Comment